Hari pertama dalam sessi Minggu Orientasi.
Alhamdulilah. Ahad 11 Januari bermulalah tahun yang ketiga bagi SmarTop dalam merencana dan melaksana sistem pendidikan yang mengasuh dan mendidik anak-anak kecil untuk mengenal yang maha Pencipta dan Rabb sekian alam.
Ilmu lainnya diajarkan selari dalam falsafah sistem pendidikan bersepadu dan holistik.
Anak-anak kecil belajar mengenal Allah adalan suatu proses yang mudah bagi seseorang yang kembali pada Fitrah. Anak-anak ini mudah menerima apa yang di ajarkan dan mudahnya itu Allah kurnia bagi hati-hati yang mahu mengabdi diri pada yang maha Esa dan maha Berkuasa.
Pengasuh dan guru-guru SmarTop kami latih, antara lain, di bawah program "Little 'Abd" anjuran NGO Haluan bagaimana menerapkan kurikula mengenal Allah. Untuk permulaan ini amat mencukupi dan di SmarTop kiam mengadakan juga usrah dalaman untuk meningkat dan memperkuat kefahaman para guru dan staff mengenai Deen Islam terutamanya dari aspek Aqidah dan Pendidikan.
Ada satu agenda baru pada tahun 2015 ini. Tahun ini kami SmarTop, in sya Allah akan memulakan kelas Tahfiz alQuran. Ianya bukan dalam bentuk Tahfiz seperti kanak-kanak dalam peringkat umur sekolah rendah dan menegah. Seorang guru yang berlatarbelakangkan jurusan itu sudah bersedia memulakan suatu yang kami rancang sedikit demi sedikit.
Mengapa perlu menghafaz alQuran?
Satu pertanyaan yang dikemukakan oleh sesetengah ibu-bapa. Lagi awal lagi baik, kami menjawabnya kerana suatu keistimewaan dalam ilmu hafazan ialah ia dapat menanam ingatan yang kuat dalam aqal anak-anak. (It strengthens the ability to remember dan maintain and sustain what is learned).
Ia menguatkan dan menajamkan ingatan dan ingatan itu berpanjangan.(The ability to sustain knowledge). Ini kata seorang ulamak, Sheikh Hamzah Yusuf yang saya petik dari U Tube.
SmarTop menyedari strategy ini boleh dipertikai.
Tidak mengapa. SmarTop Yakin. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan.
Kami hanya mencontohi sirrah dimana Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwasalam meminta sahabat-sahabat untuk menghafal ayat-ayat suci yang diturunkan. Waktu itu sudah ada indvidu-individu yang pintar menulis tetapi Nabi kita tidak memerinthkan untuk menulis tetapi memerintahkan untuk menghafal.
Pastinya ada sesuatu yang istimewa. WaAllahu'alam.
Ada 10 orang murid yang telah mendaftar untuk Hafazan tetapi untuk dua minggu ini guru sedang menyesesuaikan diri dengan murid-murid ini. Mereka berumur 6 tahun. Semoga Allah memberkati usaha ini.
....
No comments:
Post a Comment