"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 6, 2015

Nikmat dapat melihat....




Indahnya warna warni...

Nikmat melihat yang selalu diambil ringan hingglah kesatu masa....

Hari rabu lepas saya berkejaran ke klinik mata Pusat Perubatan University Malaya kerana lewat untuk temujanji memulakan proses penentuan untuk pembedahan selaput (cataract) yang dijadualkan pada 23 February ini.

Dalam berkejaran itu saya teringatkan bapak saya yang hilang deria penglihatan 2 tahun sebelum meninggal dunia. Arwah bapak sangat tua dan menghidap penyakit kencing manis. Ketika itu saya berumur lebih kurang 13 tahun. Oleh kerana yang bongsu maka saya tidak diambil kira sangat dalam mengurus bapak saya. Rasa tersedih.......

Kakak saya yang baru meninggal dunia tahun lepas juga hilang deria penglihatan kerana arwah juga sakit diabetik. Dua dalam keluarga membuat saya bimbang.....

Setelah mengambil nombor giliran jam menunjukan hampir pukul 8 pagi. Ramai sungguh hari itu pesakit menunggu giliran. Ada yang kes mata dan ada yang kes berbagai yang diarah mengambil darah dahulu untuk pemeriksaan.

Inilah keadaan biasa dihospital kerajaan yang saya alami. Terpaksa menunggu lama. Hari itu ada yang tidak duduk kerana saya perhatikan seperti tidak cukup kerusi. Atau pun ada yang tidak suka bersempi-sempitan.

Di kelinik mata ada cukup ruang. Alhamdulilah, saya rasa agak lega. Dari bangunan utama saya diarahkan pula ke Menara Selatan untuk ujian jantung. Saya mengambil pemeriksaan ECG dan kemudian balik semula ke Kelinik Mata. Di situ cepat kerana tidak ramai pesakit.

Saya serahkan keputusan dan menunggu lagi untuk consultation dengan pakar mata. mungkin setengah jam baru saya dipanggil. 

Saya rasa agak resah kerana sebenarnya saya takut untuk menjalani pembedahan walau pun beberapa teman yang sudah menjalani mengatakan ia tidak membahayakan. Tuan doktur meminta saya duduk sambil ia membaca laporan terawal mengenai mata saya. Agak terkejut bila dia mengataka bahawa pada pendapatnya saya tidak perlu membuat pembedahan kerana keadaan mata saya masih dikira baik olehnya.

Bingung saya.....

Suami tiada bersama. Saya seorang sahaja dan mendengari nasihat doktor seorangan. Dalam hati rasa lega tetapi rasa bimbang juga mengapa doktor berbeza pendapat mengenai mata saya. Katanya eluk tunggu enam bulan lagi. Doktor hanya memberi saya preskipsi untuk ubatan titik di mata supaya mata tidak kering." Tear drops" kata Doktor. Saya keluar dari bilik rundingan itu separuh lega separuh bingung.....

Setelah membuat temujanji dalam masa 6 bulan, saya ke Farmasi untuk mengambil ubat. Ada kesilapan dalam nota preskripsi saya dan saya diminta menhubungi semula doktor untuk membetulkannya. Agak malang bagi saya kerana terpaksa berjalan ulang alik. Namun saya mengingatkan hati saya jangan banyak merungut. Buat sahaja.....

Di Farmasi juga ramai sangat pesakit dan waris menunggu giliran. Saya duduk menanti lagi. Dalam setengah jam dapatlah ubat saya. Saya kemudia menalipon anak saya untuk mengambil saya.

Sampai di rumah hampir jam 12 tengah hari. Itu bermakna saya berurusan lebih kurang empat  jam untuk selesai......tanpa pembedahan.........

Cubalah orang yang bertanggong jawab memberi perkidmatan pada rakyat kena menanti 4 jam dan kekadang lebih memikirkan soal keperhatinan atas keselesaan pesakit.

KAN RAKYAT DIDAHULUKAN..... bukan gitu ?.

Tetapi saya bersyukur atas diri saya kerana Allah masih memberi ruang dan peluang  dan saya masih dapat melihat hingga kini. Alhamdulilah dan bersyukur tidak terkira. Ia memudahkan usaha saya untuk mengendali diri dan meneruskan hidup mencari Redha Allah. Teringat peristiwa seorang teman di masjid yang hilang deria penglihatannya kerana penyakit yang disebabkan oleh darahnya yang bermasalah kerana dia berketurunan bangsa Belanda. Entahlah saya kurang faham. Kedua-dua matanya kena buang dan dia harus mencari donor untuk mata yang membolihkan dia melihat. Mulanya mata kanan kemuadian kiri pula. Dia dirawat di Hospital Mata Tun Hussin Onn.

Untuk beberapa tahun ia okay tetapi beberapa bulan lalu mata kirinya tidak boleh nampak kerana beberapa hal. Ia terpaksa dibuang semula dan menanti donor lain pula. Untuk memendekan cerita teman saya dapat donor dengan agak senang juga dan menjalani operation. Malangnya selang beberap bulan, mata ini didapati berpenyakit pula dan sekarang ini doktor sedang merawatnya.

Inilah pertama kali saya berpeluang mengenali pesakit yang 'menggunakan' mata orang lain. Berbagai perasaan melintas di hati dan di fikiran. Ujian Allah berbagai rupa.....Dia yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

Pesakit seperti  ini sentiasa mengambil steroid mengikut arahan. Ia tidak dapat membuat aktiviti yang lasak kerana takut infection disebabkan abuk dan sebagainya. Teman saya ini pun tidak selalu memasak kerana asap juga boleh mengganggu. Apabila solat ia duduk sahaja di atas kerusi. Ia rukuk dan sujud sekadarnya sahaja.

Saya dan suami berpeluang pergi kembara ke Morocco bersamanya suami isteri tidak lama dahulu. Saya menemaninya beberapa ketika dan melihat bagaimana ia mengurus matanya selang beberapa jam. Saya lihat dia sungguh sabar dan masih ceria dan boleh membuat lawak sambil mengurus matanya. MasyaAllah. Daya kesabaran........

Begitulah pemberian dan ujian Allah atas deria melihat. Saya peka tetapi ada kalanya rasa khuatir juga kerana saya diabetik. Namun saya harus berusaha, berdoa dan bertawakal. Saya belajar mengikhlaskan diri dan redha atas segala ketentuan Allah. Pasti ada hikmahnya.

Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama.
Aamiin.

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails