"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 4, 2015

Tok Ayah ke Legoland?...




Saya senyum sendirian melihat Whatsapp saya. Anak-anak saya mengirim gambar-gambar peristiwa ke LEGOLAND di Johor Bahru.

Suami saya ikut sama. Tetapi saya tidak dapat bersama kerana hal-hal yang mesti dibereskan di  rumah dan di kelas pengajian.

Sudah pun saya jangka bahawa suami saya tidak akan dapat mengikuti semua karenah cucu-cucu yang ada. Tetapi suami saya tidak akan lepas peluang untuk 'enjoy' bersama cucu....Huzaifah terutamanya kerana ia cucu sulung dan istimewa pula. Juga Akif yang Allah kurnia kelainan pada dirinya.




Ini dia Tok Ayah menemani Amanni kerana anak saya Amirul dan Siti tidak dapat bersama. Cucu lain dijaga ibu bapanya. Tidak mungkin Tok Ayah bekederat mengejar sini sana mengawasi cucu yang aktifnya tidak terkira.

Itu sahaja aktiviti yang termampu baginya. Yang lain dia mesti dibantu untuk bersama dalam kawasan yang katanya amat luas untuk warga tua. Maka ini akibatnya. Suami saya menaiki kerusi Roda dan di pandu anak-menantu pula.Saya senyum sendirian. Kalau saya pergi sama pun agaknya saya perlu perkhidmatan itu juga.




Ada suatu aktiviti yang menarik hati saya kerana saya tidak bersama dan tidak dapat merasakan excitement mereka sebenarnya. Anak-anak kecil pasti seronok ke tempat seperti Legoland kerana mendapat "kebebasan" mencuba aktiviti yang disukainya.

Akif yang istimewa 'kelainannya' mendapat sijil lulus dalam program Robotik. Dia ada kekurangan, Allah kurnia padanya keistimewaan. yang lain pula. Lihat foto di bawah dia tekun membuat apa yang di  arahkan penyelia. Pakai baju seperti "saintis" pula. Syok tidak terkira baginya. Ibunya jadi pemerhati dan bersahaja.




Dan mendapat sijil akhirnya. 
Sijil mengatakan ia tamat  program Robotik.
Nampak seperti ia berpuas hati dengan dirinya.
Alhamdulilah.

Saya pernah ceritakan dahulu bahawa Akif menang hadiah untuk ke LEGOLAND
ini. Yang lain "tumpang tuahnya". Alhamdulilah. Hadiah kurniaan dari Allah.

Allah maha Kasih Sayang, maha Adil dan maha Bijaksana. 
Tiada ciptaanNYA yang sia-sia.
Dalam alQuran disebut nyata. Pasti ada hikmah yang manusia harus bersabar 
menerimanya. Akif belum boleh membaca lancar seperti anak-anak lain yang seumur dengannya. Masih belum dapat mengawal diri dengan sempurna
 dalam situasi yang sukar bagi kita memahaminya.
Semoga kerajinan Ibunya menghantar ke sessi terepi
akan menghasil kan sesuatu yang Allah kurnia di luar jangka.
 Apa pun akhirnya, ketentuan Allah itu pasti yang terbaik di sisiNya. Asalkan sahaja kita yang terlibat redha sepenuhnya. Meyakini berimankan Allah 
dan bukan setakat beragama sahaja.

Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama.
Aameen ya Rabb... 


No comments:

Related Posts with Thumbnails