"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, February 1, 2015
Mystery Bunga Matahari....
Bunga Matahari ini menjadi hiasan di pejabat kami di SmarTop Subur Fitrah Pre School. Ia menyinar keceriaan dan saya sukakannya.
Sebenarnya saya suka bunga-bunga, apa jua jenisnya....walaupun bunga yang digelar bunga tahi ayam. Tidak kreatif sungguh nama itu, tetapi apa ada pada nama jika penampilannya menyegarkan penglihatan dan minda dalaman.
Bunga Matahari ini kepunyaan seorang guru di tempat kami. Wara' orangnya, alhamdulilah, walaupun kesedihan menimpa dirinya, ia tetap setia pada apa yang dipercayainya. Sukar untuk seseorang (pada pendapat saya) untuk tidak mencari kesalahan pada seseorang lain yang mengecewakan hatinya. Dan saya tidak nampak peristiwa yang berupa satu episod kesedihan mengecewakan hati guru ini. Biasanya kita akan katakan seorang yang seperti ini jati dirinya kuat dan daya ketahanannya dan ketabahan hatinya amat luar biasa.
Saya tahu hampir setiap malam ia bermunajat panjang. Mana saya tahu?
Saya pernah ditanya begitu oleh teman yang lain.
Saya lihat dari kejernihan senyumannya bila masa jua saya bersamanya. Itu cukup bukti untuk saya mengatakan bahawa ia punya hubungan istimewa dengan Penciptanya, Rabb yang maha berkuasa dan maha Menentukan apa jua. Saya hanya dapat melihat luarannya. Hanya Allah jua yang maha mengetahui semuanya. Ustazah selalu berkata jika kita ikhlas dan sabar, luas ganjarannya yang tidak kita sangka-sangaka.
Guru ini sangat bersahaja dan tidak pernah menampakan kelainan hidupnya. Malah ia boleh menasihati teman-teman lain yang serupa dengannya.
Mulia hatinya dan semoga Allah mengasihinya sentiasa.
Saya harus mencontohi ketabahan hatinya kerana hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran. Semuanya untuk peningkatan Iman dan semoga Redha Allah jua menanti di hujungnya.
Semoga Allah sentiasa bersamanya dan bersama kami semua.
Aamiin ya Rabb....
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment