Bila sendirian teringatkan berbagai rencah kehidupan....
Teringat juga cucu-cucu yang sudah lama tidak kelihatan dan tidak kedengaran. Di tahun baru 2016 ini semuanya kesibukan... sekolah baru, karenah baru dan berbagai yang baru yang saya yakin ibu bapa pun belum memahami kesemua yang guru sarankan. Mungkin juga guru pun belum faham semua dasar-dasar tahun baru mengnai persekolahan, terutamanya mengenai hal-hal penilaian pelajar.
Ini jangkaan saya sahaja kerana saya lama bekerja di Kementerian pendidikan di dekad yang lepas. Mungkin sekarang sudah berlainan. Semoga begitu untuk yang lebih positif demi pembangunan Ummah....
Sekarang pun sudah banyak tertubuh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan swasta. Sekarang ini lebih liberal dari segi kreativity pengajaran dan pembelajaran.
Alhamdulilah....semoga hala tuju pendidikan kita akan lebih fokus kepada membina akhlak dan kepakaran serta keterampilan yang akan membawa kepada pembanunan negara seperti yang di tuntut oleh yang maha Pencipta. Bukan semata-mata mahu pendidikan bertaraf Dunia "World Class" tanpa memahami konsep worlad class itu sendiri. Cuma ikut-ikutan....
Kita tinggalkan fikiran itu buat sementara.
Saya ingin kembali pada karenah cucu-cucu saya.
Ada cucu-cucu yang saya lihat membesar seperti yang kita fahami mengikut fitrah dan mengikut perkembangan dunia sekeliling. Ada yang saya dapati perlu perhatian yang lebih dari guru dan ibu-bapa terutamanya.
Ini cucu-cucu saya Akif namanya. Ia sedikit Otisma dan disahkan perlu pertolongan guru khas. Pada saya sudah banyak perkembangannya yang membuat saya yakin ia boleh diintergrasi dalam kelas biasa yang seumur dengannya. Tetapi kata guru ia belum sampai masanya.
Abangnya Ujai juga istimewa. Ia dalam kategori ADHD. Sangat dan terlalu aktif dan daya fokus amat kurang. Tetapi saya dapati sudah banyak kemajuan hasil keperhatinan ibu dan bapanya yang membawa ke aktiviti dan kelas pemulihan. Tetapi kata gurunya pun ia belum bersedia untuk di samakan belajar dengan anak-anak yang lainnya di kelas yang normal.
Ibunya akur sahaja walaupun saya lihat ia kelihatan agak sedih bila berbincang dengan saya.
Ini Ujai atau Huzaifah, nama penuhnya. Kini berumur 10 tahun. Di foto kanan ini pun ia nampak aktif, berbuat sesuatu ikut nalurinya sendiri.
Kami sekeluarga tidak menyesali kurniaan Allah yang istimewa pada anak-anak ini. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Cuma kami tertanya-tanya bilakah agaknya pihak kerajaan akan memberi peruntukan bajet pendidikan yang mencuckupi bagai anak-anak istimewa seperti ini. Ada yang lebih memerlukan berbanding cucu-cucu saya ini tetapi mereka tidak mendapat pertolongan sewajarnya yang mencuckupi. Pusat -pusat terepi tajaan kerajaan tidak mencukupi dan yang swasta pula banyak yang tertubuh di bandar-bandar besar.
Saya mengenali seorang dua ibu Di Tadika SmarTop di Tangkak yang punya anak istimewa yang tidak dapat dihantar ke pusat-pusat khas kerana tidak ada dan kalau ada pun terlalu mahal kosnya. Anak saya pun tidak mampu menghantar ke puasat-pusat ini sekerap yang sepatutnya kerana tidak cukup kemampun kewangan.
Maka kami hanya mampu mencuba sebaik mungkin, bersabar dan berdoa serta pasrah kerana kami yakin Allah ada perancangan yang kita tidak mengetahuinya.
Ada juga cucu saya yang dalam proses mengenal dirinya sendiri. Ini satu proses yang rumit kerana ia belum memahami fitrah dirinya sendiri dan masih bergantung pada ibunya untuk rutin harian. Ini pemerhatian yang mungkin tidak professional kerana saya kurang arif dalam bidang pendidikan "special needs children". Saya juga pernah sarankan ibunya supaya mencari ilmu bagaimana mahu "mendewasakan" anak-anak seperti ini terutamanya dalam daya pemikirannya semoga ia cepat matang dan boleh bertidak sendirian dalam hal-hal harian.
.......Ini sahaja pemikiran pagi Jumaat duduk bersendirian.
Semoga apa yang ada difikiran saya ini Allah dengari dan Allah turunkan pertolongan pada semua anak-anak yang memerlukan perhatian lebih khusus.
Saya yakin mereka ada masa hadapan yang cerah asal sahaja masyarakat juga mahu bersimpati dan tidak melihat anak-anak istimewa ini wujud kerana kesilapan ibu dan bapanya yang disifatkan sebagai kurang prihatin dan kurang bertanggong jawab. Maha suci Allah. Dia maha Pencipta yang maha Adil dan maha Kasih Sayang pada hamba-nya. Ada mesej istimewa untuk mereka yang normal semoga lebih berlapang dada dengan-anak-anak ini dan tampil untuk memebantu.
Semoga doa doa kami kesampaian. Aaminn ya Rabb....
....
No comments:
Post a Comment