Semangat untuk sentiasa menegakan Kebenaran insyaAllah akan terus disemarakan walau apa pun ada masaalah yang dihadapi di Pra sekolah SmarTop Subur Fitrah yang kami tubuhkan sejak 2013. Alhamdulilah. Kami merangkak-rangkak tetapi insyaAllah kami tidak akan berputus asa. Kebergantungan kami hanya pada Allah jua.(Foto di atas ehsan google).
Bilangan murid TADIKA pada tahun ini adalah seramai 30 orang, lebih sedikit dari tahun lepas. Kelihatan kelas mengenai adab belajar dimulakan pada hari pertama mengikut keaddan yang ada. Minggu pertama adalah minggu orientasi dan ada ibu-bapa yang tunggu agak lama untuk menentukan keselesaan emosi anak.
Sebelum makan mereka sudah mula diajar membaca doa dan duduk dengan tertib menungu makanan di berikan pada setiap individu. Tersenyum juga melihat karenah anak-anak kecil. Seronok dan ia merupakan sebuah nostalgia.
Pada hari pertama anak-anak ini belum dapat menghayati disiplin bilik darjah. Mereka akan diajar membuat barisan supaya masuk ke kelas secara teratur. Sedikit demi sedikit insyaAllah tercapai apa yang diingini.
Anak-anak ini belum memakai uniform yang disediakan kerana masih belum siap dijahit kesemuanya. Warna uniform SmarTop tahun ini ialah warna merah jambu muda dan seluar biru tua. Tunggu seminggu lagi akan kami tayangkan., insyaAllah.
Apa yang menyeronokan saya lebih pada tahun ini ialah adanya seorang ibu keturunan India menghantar seorang anak ke Tadika dan seorang ke Taska. Kami dan guru-guru serta pengasuh rasa teruja kerana ada ibu yang bukan Islam mahu beserta dengan kami. Semoga Allah memberi hidayah dan taufikNya dan anak-anak ini kekal lama dengan kesudahan nanti menjadi seorang yang beriman pada Allah yang maha Esa. Aamiin.
Tahun ini SmarTop juga menerima 2 anak-anak istimewa untuk kami cuba didik mengikut kemampuan yang ada. Mereka berumur 6 dan 5 tahun. Anak perempuan yang 6 tahun adalah di kategory CP yang tidak serious dan anak lelaki yang 5 tahun adalah dalam kategory otisma yang non-verbal. Tidak ada sekolah yang khusus sesuai bagi mereka maka kami sukarela menerima mereka sebagai menepati falsafah SmarTop untuk mendidik mengikut potensi setiap anak sebaik mungkin demi membangunkan ummah, membina kesejahteraan ummah seperti yang Allah tuntut. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Semoga Allah menurunkan pertolonganNYA dan semua anak-anak dapat munafaat yang Allah susun buat mereka.
Pada tahun ini kami akan juga mulakan kelas memanah dan menunggang kuda disamping kelas renang dan Tae Kwan Do yang sedia ada. Nanti kami akan cerita selanjutnya bila bermula pada akahir January ini.
Sementara itu kami mohon doa setiap ibu bapa dan semua yang prihatin dalam jihad pendidikan. Semoga Allah memberkati usaha yang kerdil ini dan menganugerah ganjaran yang tidak kami sangka-sangka.
Aamin ya Rabb......
.....
No comments:
Post a Comment