"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, January 28, 2016
Ya Allah.........
Hari hampir malam, masih lagi merangkak diperjalanan.....,
Seperti hidup ini, mahu sahaja berkejaran dan sampai ke destinasi awal. Tetapi hakikat dalam hidup destinasi itu akhirnya adalah kematian, pertemuan kita dengan yang maha Pencipta, maha Agong maha Berkuasa. Sentiasa beringat....
Setibanya di rumah saya mendengari berita negara yang tidak menenangkan hati, berita yang sudah dijangka tetapi bila menjadi kenyataan ia menyedihkan. Tetapi tersentak pula bila tiba-tiba fikiran teringat pesanan supaya tidak bersedih menghadapi segala ketentuan Allah yang kita belum tahu hikmahnya. Maha suci Allah ..... DIA tidak menganiyaya hambanya.
Saya rasa ramai yang sudah tahu berita yang menyedihkan, merungsingkan dan membingungkan .....hal politik, hal ekonomi, hal pendidikan, hal kehakiman, hal perundangan dan berbagai lagi hal......mencabar kepedulian rakyat. Namun kita harus bertenang. Kebergantungan kita hanya pada Allah jua.
Ramai dari kalangan kita yang tiada kemampun berbuat apa-apa untuk mengubah atau membetulkan keadaan. Maka...... InsyaAllah kita kan terus berdoa, mohon Allah kurnia yang terbaik bagi kita di sisiNYA.
Ya Allah.........
Kami mohon keampunan atas segala dosa-dosa dan kesilapan kami
Tunjukilah kami Jalan yang Benar yang Engkau redhai
Dan bukan jalan-jalan yang Engkau murkai,
Kasihanilah kami....
Semoga apa yang berlaku hanya seketika dan tidak menjejas anak cucu, sanak saudara
Dan semua di Tanah Air tercinta.
Kurniakan atas kami pemimpin-pemimpin yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Memimpin penuh tulus ikhlas, tidak mengkhianati janji, dan sayang pada rakyat semua.
Pada Mu jua Ya Allah harapan kami,
Pada mu sahaja kebergantungan kami
Peliharalah kami dari kesulitan dan kepapaan
Dari musibah angkara kerakusan siapa jua yang engkar.
Kami berlindung dengan Mu dari keganasan cita-cita mereka yang lupa batasan
Mereka yang tidak ingat di hujung hidup ini adalah kematian,
Neraca keadilan Mu kami pasti dihadapkan
Semoga kami bersih dari segala kemungkaran
Mendapat kurnia Rahmat Mu yang tiada sempadan.
Dalam Syurga Firdaus Mu kami dihimpunkan.
Aamiin ya Rabb....
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment