"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 21, 2016

Oh..Bagusnya Jiran Ku........



Issshh.....Rasa malu nak cerita.
Tetapi apa salahnya cerita sikit.

Saya tinggal di Kampung Tunku, SS1/24A , Petaling Jaya. Ini kawasan keturunan Melayu walaupun sempadan kawasan pilihan raya yang lebih besar menjadikan tempat ini kawasan DAP. Ini tidak menggangu ketenteraman hidup saya. Jiran-jiran saya pada awalnya terdiri dari keturunan Melayu. Tetapi kini setelah 30 tahun berlalu, jiran saya yang terdekat adalah dari keturunan bukan Melayu. Ini tidak menjadi masaalah bagi saya sebab falsafah hidup saya letak di atas prinsip al Quran bahawa tiada paksaan dalam beragama.

Maka saya ingin bercerita sedikit bahawa jiran-jiran saya baik-baik belaka. Alhamdulilah. Kisah yang terbaru ini membuat saya kagum dan termalu.

Dua minggu yang lalu suami dan saya membersihkan store rumah yang sudah amat teruk keadaannya dan boleh mengundang sesuatu yang tidak sihat seperti lipas dan mungkin juga mak menti....

Kami minta tolong pekerja pembersihan sambilan. Cepat sahaja siap kerana mereka muda belia dan nampak kuat tenaga. Barang-barang lama yang sudah tidak saya gunakan lagi saya mintak mereka angkat letak di luar gate saya tetapi hampir dengan gate jiran kerana kawasan saya amat kecil. Barang-barang lama seperti periuk, tikar, dapur lama, kerusi lama, baldi  dan berbagai yang lama saya simpan kononnya hendak menggunakannya lagi. Tetapi bertahun terbiar sahaja dan jadi bobrok.

Sampah barang lama ini disusun rapai oleh pekerja yang kami upah. Tetapi pada esuknya datanglah 'scavenger' sampanh datang untuk cari barang yang boleh mereka gunakan atau mereka jual sebagai besi buruk atau apa jua. Habis dibongkar dan sampah menjadi berselerak tidak menentu seperti tidak terurus. Kemudian sekali lagi ia datang dan menjadikan tempat lebih berselerak dan kotor.

Saya kata pada suami untuk cepat mencari lori dan angkat barang-barang sampah itu. Belum pun sempat,  seorang wartawan Berita Harian sudah ambil gambar dan masukan dalam berita. Kami tidak melanggan BH maka tidak tahu, hinggalah jiran memberi tahu. 

Esuknya 14 Januari, jiran saya datang ke rumah dan menemui suami saya dan cerita perihal sampah itu. Sikapnya amat baik. Ia seorang keturunan India dan memanggil suami saya 'uncle'. Ia menawarkan diri untuk menolong kami membersihkan sampah-sampah itu sambil menunjukan pada kami foto dalam BH.

Kami rasa terkejut dan agak termalu. Tetapi amat berterima kasih pada jiran ini. Dia jauh lebih muda dan akan memanggil pekerjanya untuk membersihkan dan menggunakan lori untuk mengangakt. Kami beterima kasih atas tawaran itu dan mengatakan padanya untuk memberi tahu kami bayaran yang dikenakan. 

Sekali lagi kami kagum kerana mereka kata supaya jangan berkira. Dia buat sukarela, tolong jiran yang lebih tua.

Itulah yang saya amat seronok untuk cerita sikap jiran yang pada saya luar biasa sikapnya. "Kejiranan tanpa Sempadan". Itu suatu pengajaran yang cukup berhikmah. Benar-benar semangat 1 Malaysia. Dalam hati saya mengatakan inilah adab berjiran seorang Muslim. Saya cerita pada kekawn dan sekarang saya cerita di sini. Saya cerita juga pada jiran yang lain. Senyum lebar dan memuji jiran yang baik budi ini.

Apa saya nak kata......
Saya cerita pada anak-anak untuk mencontohinya. 


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails