"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 29, 2016

'The Silent Majority'....






Dalam mengharungi kemelut politik dan ekonomi negara, saya rasa ramai yang merupakan sebahagian dari mereka yang dalam kategori kumpulan majority yang senyap membisu. Mereka bukan tidak berfikir dan tidak bijak memahami dan menganalisa apa yang berlaku, tetapi mereka amat berhati-hati supaya tidak mengerohkan lagi situasi. Pemimpin yang sensitif akan merasa gerun jika rakyatnya ramai yang membisu dan senyap sunyi  kerana wujudnya 'deafening silence'  adalah isyarat atau simbol sesuatu sedang meluap di dada tetapi terkawal. Pemimpin yang berwibawa akan banyak bermuhasabah diri. Dia harus boleh dan mahu menerima teguran dan peringatan dan tidak akan mengambil apa jua tindakan yang boleh menghakis kesepaduan dan harmoni dalam masyarakat dan negara seluruhnya.

Saya sendiri ingin mengatakan sesuatu secara kuat dan lantang tetapi bila teringatkan pesanan Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam supaya lebih baik diam, maka saya akur. Nabi junjungan kita adalah yang terbaik dicontohi. Baginda sentiasa berkata benar, amanah dan boleh dipercayai. Akhlaknya amat mulia dan semua yang berkeyakinan dengannya sentiasa rasa selamat dan sejahtera. Tiada bandingannya.

Ayuh kita fikir dan zikir. Kita memohon keampunan atas segala kelemahan dan kekurangan dari yang Maha Pencita dan maha Berkuasa. Kita usaha secara yang terdaya untuk mengatasi kesulitan keluarga akibat dari apa yang berlaku dan berdoa semoga Allah menurunkan pertolonganNYA  yang tidak disangka-sanga. Semoga kemulut ini akan berakir dengan kesudahan yang membawa kesejahteraan pada semua.

Aamiin Ya Rabb.....


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails