"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 21, 2017

Menyantuni hati untuk esuk.......




Image result for rumi yesterday is gone


ITS GOOD TO LEAVE EACH DAY BEHIND LIKE FLOWING
 WATER,  FREE OF SADNESS.
 YESTERDAY IS GONE AND ITS TALE TOLD.
 TODAY NEW SEEDS ARE GROWING.
........Ar Rumi.


Baru tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang teman yang baru ditinggalakan suami buat selamanya. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Mereka baru pulang dari cuti di Lombok dan suaminya diserang sakit jantung setibanya di KLIA. Teramat sedih dihatinya tetapi ia redha sahaja. Itu ketentuan Allah yang manusia tiada pilihan.

Kami bersembang Hari Raya dan cerita sedikit hal keluarga di kampung. Nostalgia buat saya.......

Sekarang hidupnya berseorangan di Puncak Alam. Tidak mahu tinggal bersama anka-anak. Rumah itu amat sentimetal antara keduanya. Saya mengenali suaminya juga . Kami satu angkatan di sekolah menengah dan baru setahun dua ini kami bertemu kembali. Kami sudah masuk umur tujuhpuluhan dan mengikut logiknya, giliran saya pun sudah hampir. Ibarat duduk di dewan berlepas di lapangan terbang. Hanya mengharapkan pesawat lewat ketibaanya atas sebab-sebab yang tertentu.

Teman saya itu sekarang kembali aktif menyambung usaha suaminya untuk kerja-kerja kebajikan masyarakat.....apa jua yang terdaya, katanya sebab dia tidak mampu memandu jauh. Okay lah tu, saya kata. Kita pun boleh buat kebajikan 'on line'. Sekarang banyak peluang, tidak seperti dahulu.

Yang ditinggal suami menemui Allah terlebih dahulu saya rasa mudah bangkit semula kerana kenangan manis banyak sekali. Tetapi jika ditinggalkan suami kerana suami menikahi wanita muda, maka lain ceritanya. Isteri tidak banyak pilihan. Jika ia mampu berbuat sesuatu bersendirian saya rasa itu dibolihkan dalam syariah Islam kerana suami pun sibuk melayani isteri muda. Siapa betul siapa silap dalam percaturan ini, biar Allah yang menentukan kerana Allah maha melihat dan maha mendengari yang nyata dan yang tersembunyi. Seseorang dalam keadaan ini tidak perlu gundah. Semuanya ada kiraannya di hujung hidup ini apabila betemu di mahkamah Agung Allah swt. Tetapi seseorang itu harus pastikan segala tindakannya syarie dalam ruang lingup yang luas.

Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk. Ada yang Allah uji dengan kesihatan tubuh badan, ada yang Allah uji dengan akhlak anak-anak yang tidakindahkan ibu bapa, ada yang Allah uji dengan bisness yang gagal dan berbagai lagi. Ujian antara lelaki dan perempuan mungkin tidak sama tetapi di sisi Allah kita tidak tahu hikmahnya. Seseorang yang menghadapi apa jua ujian harus positif terhadap apa yang harus dilaluinya.

Siapa jua yang Allah uji sedikit sebanyak akan merobah cara berfikir dan mungkin juga merobah cara mengambil sesutu tindakan sebagai respon pada apa yang berlaku atau sebagai strartegi untuk mengatasi masaalah yang ada. sesetengah mereka yang Allah uji bolh terus mendayung hidup penuh harapan dan ada juga yang mengambil masa untuk bangkit berdiri tegak dan mengambil langkah meneruskan urusan hidup. Seseorang yang Allah uji harus yakin bahawa Allah mahu mendekatkan mereka kepadaNYA. Allah maha kasih sayang.

Seseorang wanita yang Allah uji (saya cerita wanita lebih sebab saya wanita), yang sebegini bolih menyibukan diri dengan kerja-kerja amal yang ada di Masjid tempat kediamannya. Mungkin ia tidak  perlu pergi jauh-jauh supaya tidak timbul fitnah. Dan jika mahir dalam IT, maka kerja kebajikan on-line pun banyak sekali. Jika dia bekas guru dan ia mampu mengajar, maka ia bolih suka rela mengajar fardhu 'ain secara kecil-kecilan di rumah. Atau kerja suka rela di taman asuhan anak-anak atau sebagainya. Mengajar anak cucu pun sudah dikira sumbangan amal yang besar.

Bagi merka yang Allah uji dengan sentuhan perasaan yang bolih melemahkan jati diri seperti wanita yang di tinggalkan suami tanpa belas ehsan, saya rasa usaha mahu merangsang diri untuk bangkit semula bukan suatu yang mudah. Namun ia mesti jangan putus asa. Allah itu maha adil dan Dia maha bijaksana. Tiada ujianNYA yang sia-sia jika melihat kesulitan yang dihadapi itu mungkin suatu Rahmah dari Allah yang terselindung dalam kesusahan dan kesukaran dan kesedihan dan kekecewaan yang ia hadapi.

Seperti kata Ar Rumi di atas, kita lupakan sahaja apa yang telah berlaku. Ye betul.... Hidup ini ibarat Allah turunkan hujan tetapi di hujung curahan hujan itu akan menjelama pelangi yang indah rupanya.

Menyantuni hati untuk hari esuk adalah suatu yang mencabar  fikiran dan hati. Isu yang penting ialah seseorang itu tidak berputus asa dan menjadi murong. Jangan bersedih hati kata ramai juru runding psikologi. Kebergantungan kita hanya pada Allah. Cari Ilmu yang bolih mendidik hati dan beramal dengannya. Itu penting sekali. Hati tidak akan lembut dan yakin pada kudrat dan iradat Ilahi jika tidak ditarbiah sewajarnya. Rajin-rajin mendapatkan nasihat dari siapa jua yang bolih dipercayai. Tetapi yang terbaik ialah kita mendapatkan "nasihat" Allah swt. Kata ustaz rajin-rajinlah bermunajat pada Allah kerana Allah sahaja yang bolih mengubah dan memelihara hidup kita. Kekawan hanya mendengari sahaja. Mungkin mereka berkata itu dan ini. Tetapi Allah yang maha Bijaksana dan penentuannya itu yang terbaik. Dia yang maha kasih sayang. Mengadu padaNYA yang terbaik. Tiada sesuatu akan berlaku tanpa kekuatan izinNya.

Menulis hal seperti ini mudah sekali terutamanya jika kita tidak pernah Allah uji dengan sesuatu yang amat berat, secara fisikal atau emosi. Melalui liku-liku hidup penuh ujian sememangnya sulit. Jawapannya hanya pada Allah. Semua orang berdoa jika menghadapi sesuatu ujian. ujian senang atau ujian susah. Tidak perlu sebut jika sukar sekalipun. Bawa hati untuk berbisik-bisik dengan Allah. Fokuskan ingatan padaNYA sahaja, dan sentiasa memujinyaNYA. Nabi Allah Ayub tidak mengadu banyak pada Allah.Ia amat sabar menjalani ujian Allah. Setelah bertahun-tahun dia redha melaluinya, barulah ia mengatakan pada Allah seperti berikut yang termaktub dalam alQuran:


A083
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Al-Anbiyaa' 21:83


Nabi Allah ayub terus bersabar dan akhirnya Allah menganugerah kesembuhan dengan cara yang luarbiasa pada manusia.
Image result for Ayat quran nabi Ayub mengadu pada Allah tentang sakitnya.





Maka jika kita bingung dan bersedih katakan sahaja begitu pada Allah dan memuji bahawa Allahlah yang Maha Penyayang dari semua yang Penyayang.....
Semoga Allah mengubati hati kita dan kita kembali bangkit untuk terus menyempuranakan segala tanggong jawab  terus berusaha memacu cita-cita 
fi sabilillah, saya yakin Allah akan temukan.
Allah tempat kita bergantung segala harapan.


Image result for rumi yesterday is gone



Maka mungkin itu Ar Rumi kata seperti di atas. Allahua'lam.
Redha sahaja apa jua, semoga Allah mengganugerah yang terbaik
 bagi kita di sisiNYA. Esuk masih penuh harapan.

Aamiin ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails