"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 11, 2017

Tak sangka Jejak Kasih......





Ahad 9 Julai saya ajak anak dan cucu pergi kenduri kahwin anak sepupu saya di Rawang Selangor. Dalam foto di kiri ini dia berbaju hijau. Saya enjoy menjamu selera masakan keturunan Jawa Johor. Yang best sekali ialah sambal goreng Jawa. Terbaik buat saya .....alhamdulillah.

Yang berbaju biru itu ialah adiknya dan saya hampir tidak menegnalinya kerana sudah melebihi 50 tahun tidak berjumpa.

Anak saudara sepupu yang mengadakan majlis  ini memang rajin "Mencari Saudara" dan rajin meWhatsApp saya cerita-cerita saudara mara, terutamanya jika mereka tidak sihat. Ini amalan soleh juga saya kira kerana memanjangkan silaturrahim antara keluarga besar.

Di bawah ini ialah anak bongsu sepeupu saya juga dari mak saudara yang sama. Saya amat teruja bercerita susur galor keluarga. Yang berbaju putih itu baru melepasi umur 50 tahun dan saya amat teruja kerana ia ingat nama saya pernah disebut-sebut oleh arwah ibunya.  Waktu itu mereka tinggal di Johor Bahru dan saya sering ke sana sebab arwah kakak saya juga tinggal di kampung yang sama.....Kg Melayu Majidee.

Sebuah nostalgia yang membuat saya duduk lama sambil makan kueh mueh.




Di bawah ini yang berbaju hitam itu ialah juga anak saudara sepupu yang tinggal di Penerok Pontian semasa kecilnya. Saya ingat akan ibunya tetapi dia tidak ingat saya. Maklumlah kerana dia muda dan baru melepasi umur 50 tahun juga. Yang seronok bercerita ialah tentang kampungnya yang dahulu susah dihubungi kerana tiada laluan bas atau kereta. Kenalah berjalan kaki berbatu jauhnya. Saya amat ingat akan Kampung Penerok di Pontian sebab setiap kali cuti sekolah saya duduk di kampung itu ikut arwah 
emak saya menoreh getah.

Sayu sedikit bercerita hidup waktu itu kerana kami dari keturunan pendatang dari Jawa dan mencari sesuap nasi bukan suatu yang mudah. Alhamdulillah Allah tidak mensia-siakan usaha gigih emak dan bapak saya. Bila bercerita saya rasa seolah-olah emak bapak masih ada......rasa sayu.




Di bawah ini saya ambil foto kenangan dengan isteri anak sepupu saya, tuan rumah yang ampunya majlis. Masih muda dan rajin berusaha. Ia pandai menjahit terutamanya pakaian melayu dan telekong. Suka saya mendengari ceritanya.





Tidak puas bersembang dengannya dan dengan semua yang baru saya kenali. Saya rasa teruja dan amat seronok Allah temukan dengan mereka. 
Jejak kasih yang tidak disangka. Sepanjang perjalanan balik ke rumah saya bercerita panjang dengan suami dan anak saya sejarah keluarga yang mereka tidak tahu. Gelak ketawa yang tidak dapat dikongsikan dengan keluarga yang lain. Namun saya bersyukur Allah menunjukan pada kami kehebatan bersilaturahim. Kami berjanji berusaha akan terus menghubungi
 satu sama lain. 
InsyaAllah saya akan cuba sedayanya demi kekuatan 
kesejahteraan Ummah .

Semoga Allah memberi ruang dan peluang pada kami.
Aamiin ya Rabb...


.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails