Kebelakangan ini saya tidak memaksa diri untuk ke Majlis Ilmu
walaupun dekat dengan rumah.
Dalam hati saya cuba mencari sebab mengapa begitu. Saya rasa kurang sihat sepenuhnya kerana lutut saya mula meragam. Maka saya di rumah sahaja mencari Ilmu melalui U Tube. Walaupun ustaz-ustaz di UIube ramai yang bagus, saya tidak rasa mencukupi kerana makin hari saya merasakan talian silaturrahim dengan teteman mengaji makin tipis.
Maka saya bangkit memaksa diri hadir ke satu Majlis Ilmu
berdekatan dengan rumah. Ini Ustazah Datin Aminah,
isteri pada matan Mufti Wilayah Persekutuan yang kini sudah
kembali ke Rahmatullah.
Terkejut saya dan berdebar rasa malu bila saya melihat ketibaan Ustazah. Ia sudah menggunakan tongkat dan dibantu berpimpin oleh seorang yang datang bersama dengannya. Malu pada diri tidak terkira. Saya masih boleh berjalan dan secara bandingan lutut saya tidak memerlukan Tongkat.
Saya duduk rasa berdebar kerana kesal dan kerana malu bukan sahaja pada diri tetapi pada Malaikat yang ada di Taman Syurga memuliakan Majlis Ilmu.
Saya tepat mendengari Ustazah. Amat bagus ceramahnya kerana olahannya amat mudah difahami dan ia dapat membuat kami rasa terpanggil untuk melaksana apa yang disarankan olehnya terutamanya supaya jangan kedukut untuk menginfak harta dan kekayaan. Allah tidak melihat berapa banyak dan berapa besar yang kita infakan. Allah melihat keikhlasan hati.
Ada sedikit jamuan selepas ceramah dan solat Asar
berjemaah dengannya.
Saya kurang selesa makan kerana mengingatkan perihal
sikap malas saya kebelakangan ini. Baru 70 tahun dan ustazah itu
saya rasa sudah melepasi pertengahan tujuh puluhan.
Semoga Allah mengampuni sikap saya.
Tidak lama saya bersantai dengan teteman kerana hati rasa kesal pada diri.
Saya permisi pulang dengan tuan rumah yang bertudung hitam.
Foto ini anak angkat saya rakamkan untuk kenanganan. Alahamdulilah,
rasa terkesan di hati teguran Allah supaya tidak
malas-malasan kerana merasakan seperti sudah mencukupi tanpa disedari itu suatu kesilapan besar. Umur bukan semakin muda.
Seharusnya sentiasa berkejaran dengan
masa kenana entah bila giliran untuk ke Sana akan sampai.
Semoga Allah sentiasa memberi Taufiq dan HidayahNya.
......
No comments:
Post a Comment