Fakta kejiranan adalah penting bagi orang-orang Muslim. Ada ayat alQuran dan beberapa Hadith sohih dari Bukhari Muslim. Saya turunkan di bawah ini
ayat alQuran yang jelas bagi kita.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36) |
Maka tiga hari dulu suami saya memanggil pekerja untuk tebang
dahan-dahan pokok yang melepasi sempadan rumah. Sudah beberap bulan jiran saya meminta saya segerakan menebang dahan-dahan itu supaya rumahnya tidak serabut dengan sampah sarap daun-daun yang gugur bila di tiup angin. Saya memohon maaf kerana terlambat mengambil tindakan atas sebab-sebab
yang agk rumit bagi saya. Alhamdulilah kini sudah terlaksana. Jiran saya mengucapkan terima kasih melalui whatsapp.
Saya senyum puas hati.
Menimbun dedaun yang harus dibersih kan. Lori datang dua kali
dan memakan masa dua hari.
Satu lori swasta dan satu lori dari Majlis Bandar raya Petaling Jaya
mengangkut sampah dan dahan-dahan pokok.
Bolih dikira efisyen. Saya senang hati.
Habis "Duit Raya" saya. Tetapi tidak mengapa...
"Demi Kejiranan......" menjaga silaturrahim itu
amat dituntut dalam Islam.
Sebenarnya saya sayang pokok-pokok itu kerana
ia mengeluarkan oxygen
dan ada kawasan teduh untuk letak kereta anak saya.
Walaubagaimana pun kita janganlah "selfish"
mengira kepentingan sendiri.
Dalam menyantuni kejiranan harus ada pengorbanan. Muhibah itu
baik dalam hidup sekampungan.
Ini sedikit pokok yang tinggal yang ada di sempadan jiran yang satu lagi. Bersyukur dengan apa yang ada semoga Allah kurnia nikmat yang lain pula. Jiran di sebelah kanan saya suka pokok-pokok dan
daun kering melimpah ke kawasan saya. Saya biarkan sahaja semoga ada munafaat yang lainnya.
Dia bukan Muslim dan semoga saya dapat menambat hatinya.
Mana tahu Allah buka hatinya untuk memilih Islam.
......
No comments:
Post a Comment