"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, July 24, 2017

Ikut dari belakang.......





Syawal sudah berlalu......
Alhamdulillah. Allah kurnia kesempatan bersilaturrahim dengan sanak saudara dan sahabat handai. Apa jua yang masih terbeku di hati sudah mula telerai berkat doa semua yang peduli akan kesejahteraan saudara dalam Islam.

Teman Partner  saya dalam mengendali SmarTop di Tangkak membawa 2 orang anak perempuannya serta cucu-cucu menziarahi saya  semasa Syawal masih segar. Saya teruja dengan cucu-cucu ini kerana mereka boleh dikira berdisplin menyantuni orang tua. Alhamdulillah.

Dalam mengendali Tadika kami berdua amat bergantung satu sama lain kerana kemampuan kami di umur senja ini amat terhad berbanding dahulu. Tetapi teman saya ini lebih kuat dari saya. Maka dalam banyak hal saya ikut dari belakang. Saya tidak ikut dari tepi pun. Kederat saya amat berkurangan. Teman saya santai sahaja dalam memadu tenaga kerana yakin pada wawasan dan objektif kami membentuk Tadika dan Taska ini. 2017 adalah tahun kelima. Alhamdulillah. Semoga Allah terus menganugerah segala bantuan yang kami perlukan. 






Anak perempuan yang bertudung merah jambu itu kami lantik menjadi Mudirah SmarTop. Dia berkelulusan sarjana muda dari Universiy awam tempatan 
dan redha membantu kami walau pun elaun hidup yang diterimanya amat sederhana berbanding jika bekerja di luar. 
Tidak mengapa katanya demi sebuah impian dan komitmen untuk berdikari dan melaksana prinsip ilmu pendidikah mengikut acuan Sunnah yang kami mendapat panduan dari mereka yang pakar dan juga dari NGO Haluan yang sememangnya aktif dalam mengendali program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Alhamdulillah kami mendapat sokongan dari Sahabat handai yang berkemampuan dalam bidang masing-masing.

Semoga sinergi yang kami jalin sekarang Allah mudahkan lagi dan berterusan dalam usaha kami membina ummah mengikut sebaik mungkin apa yang dituntut dalam alQuran dan Hadith.

Semoga usaha yang kerdil ini Allah terima sebagai amal soleh buat bekalan ke hari yang Allah telah janjikan. Janji Allah itu Benar.


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails