Hari Raya tahun ini saya tidak balik kampung di Pontian Johor. Ada beberapa sebab yang membuatkan program tergendala sedikit. Maka saya kirimkan rindu kasih bersaudara pada anak saya sekeluarga. Anak saya berhari Raya dengan mertua di Muar dan mudahlah dia terus ke Pontian.
Alhamdulilah. Saya mengikuti ceritanya melalui whatsapp dan telefon. Foto di atas ialah kakak saya yang berumur 82 tahun dan yang di bawah sekali berumur 78 tahun. Mereka bersama pada hari Raya ke empat atau ke lima. Tidak mengapa. Sebab jika semua datang Raya pertama atau kedua, kakak-kakak saya tidak terdaya melayan mereka.
Saya yakin bahawa menyantuni kaum tua adalah suatu yang dituntut dalam Islam. Maka menziarahi kaum tua dapat membiasakan anak-anak kecil melihat dan berinteraksi dengan orang tua. Dengan cara ini diharapkan mereka tidak takut atau rasa pelik memeluk atau dipeluk oleh kaum tua.
Ada kaum muda sekarang yang tidak ambil berat untuk menemukan anak-anaknya dengan kaum tua.
Jika ada jemputan kahwin atau ada apa jua majlis keluarga di kampung, ada kaum muda yang tidak menggalakan anak-anak mereka untuk turut serta.
Jika ada kelas tusyen maka itu digunakan sebagai alasan. Jika ada program sukan maka itu juga diguna sebagai alasan. Kaum muda tidak ada kepedulian yang padu untuk "ambil hati" dan menyantuni kaum tua. Bukan semuanya begitu tetapi dari pemerhatian rambang saya, begitulah halnya. Ramai kaum tua dipinggirkan. Semoga anak cucu saya tidak begitu. Semoga Allah menunjuki jalan.

Saya turunkan di bawah ini Hadith mengenai kasih bersaudara. Jika kasih dalam keluarga besar tidak erat, mana mungkin kita dapat menjalin kasih dengan mereka yang tiada talian darah. Orang Muslim Mukmin adalah bersaudara. Harus ada jalinan kasih yang erat hingga kata pepatah "cubit peha kiri peha kanan sakit juga".
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدَكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah kurnia jalinan kasih sayang yang erat sesama saudara.
.......
No comments:
Post a Comment