"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, July 9, 2017

Semoga kita tidak pernah bersendirian....


Image result for rumi famous poems


Ramadhan alMubarak telah berlalu.
Banyak saat-saat duka lara dan riang ria yang kita lalui.

Mungkin ada yang sentiasa riang ria. Tetapi itu zahirnya.
 Hakikat yang sebenar manusia biasa tidak akan tahu. Sebab
 rasa riang ria itu berbeza-beza ,
mengikut umur, pengalaman, ilmu di dada dan pengabdian diri pada yang Maha Pencipta.

Yang duka lara pun ada. Melaui ujian yang berat sepertinya tidak dapat diduga.
Tetapi jika kita ingat apa Allah kata, kita menjadi lega dan melihat 
waktu-waktu seterusnya penuh harapan bahagia.


A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,



A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Berlalunya Ramadhan, kita muhasabah diri. Berbagai yang kita cari-cari kita temui.
Ada yang kita simpan di hati untuk terus mengabdi diri. Apa jua pun kita ulang ucap "Alhamdulillah" berkali-kali. Kita yakin Allah maha Mengetahui dan Allah maha Peduli akan setiap hambaNya yang sentiasa mengingati.

Ada yang rasa sunyi dan sendiri. Tetapi janji Allah sentiasa di hati dan terus beramal soleh setiap hari. Melihat teman-teman di sisi, rasa juga di hati ingin mahu berkongsi. Tetapi rahsia diri itu lebih besar ertinya jika kita katakan sahaja pada yang maha Mengetahui dan maha Mengasihi. Yakin kita dilindungi dan ganjarannya di Akhirat nanti.

Maka itu saya letak foto di atas dari carian google untuk perhatian.
Tepat sekali makna yang dapat dibaca dan diamati.
Memang sukar melalui liku-liku hidup bersendirian walaupun di sekeliling kita ramai yang menyaksikan. Kita harungi dengan keyakinan bahawa Allah swt tidak pernah menghampakan asal sahaja kita sentiasa adil mengikut ajaran Junjungan.Bukan tidak rasa jerih perit mendukung beban perasaan. Tetapi
dalam bersendirian Allah kurnia segala kekuatan, keberanian, keyakinan dan kemudahan.
Dengan limpah kasih sayangNya kita merasai kebolihan bertindak, memfokus pada apa jua masaalah yang dihadapi penuh kelegaan dan keringanan di hati.

Alhamdulilah. Kesyukuran yang tiada tepian.
Semoga kita akan terus menghadapi semua haru-biru hidup bertepatan dengan apa yang Allah wahyukan dengan bimbingan Rasulullah Saliahualaihi wassalam.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan para malaikat mendoakn
kesejahteraan hingga ke JANNAH kekal kebahagiaan.

Aamiin ya Rabb....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails