Lepak ni bukan "budaya" anak muda sahaja. Fikir-fikir sekali warga emas pun sekali sekala "lepak" juga.
Itu kata anak lelaki saya bila saya cerita padanya apa yang saya buat Rabu yang baru lalu. Partner saya yang buat Tadika di Tangkak ajak breakfast awal di rumahnya dan bila hampir tengah hari kami le Ehsan's di Section 11 Shah Alam. Sambil menunggu hidangan Roti Nan Cheese kami update apa yang berlaku antara kami sejak sebelum Ramadhan bermula. Hampir 2 bulan kami memberi berita lalu Whatsapp sahaja. Maka ini seperti kami "lepak" berhari Raya. Tiada lemang rendang. Cukup dengan Behoon goreng dan karipap sahaja. Oooops..... ada buah rambutan dan nenas, kegemaran saya.
Ini di Ehsan's. Ramai anak muda minum pagi dan bersembang santai saya kira. Tetapi mungkin juga mereka berbicara hal-hal penting,
Siapa yang akan tahu......
Syawal hampir ke penghujungnya. Ramai teteman saya sudah selesai puasa Enam. Suami dan saya masih ada sehari dua lagi. Tidak sama cara kita menghabiskan baki hidup yang tinggal sedikit ini sahaja lagi. Semoga baki hidup ini penuh dengan peluang untuk membantu mereka yang benar-benar dhaif. Semoga tiada rintangan untuk berbakti. dan semoga tiada siapa yang mengganggu ketenteraman perjalanan hidup. Ramai antara kita yang bijak tetapi tidak ramai yang bijaksana dalam menentukan hala tuju hidup ini.
Maka kerana itu kita sentiasa mohon Taufiq dan HidayahNya,
Bila Syawal berlalu maka kerja-kerja keras akan jadi rutin harian.
Tidak mampu untuk "lepak-lepak". Garis penamat bagi kami warga emas sudah amat hampir. Ada kalanya, secara santai, saya katakan pada suami di garis penamat nanti kita kena pastikan kita tidak membawa beban yang tidak perlu jadi beban, Kita harus bawa apa yang relevan sahaja. Tidak perlu tambah beban yang belum pasti
membantu kita menjawab soaln-soalan dari Malaikat.....
dan lebih berat soalan dari yang maha Pencipata. Adakah kita hamba-hambaNya telah mengambil tindakan dengan penelitian yang rapi atau buat sesuatu tanpa berfikir panjang.......dan ramai kita yang tersilap langkah dan silap percaturan.
membantu kita menjawab soaln-soalan dari Malaikat.....
dan lebih berat soalan dari yang maha Pencipata. Adakah kita hamba-hambaNya telah mengambil tindakan dengan penelitian yang rapi atau buat sesuatu tanpa berfikir panjang.......dan ramai kita yang tersilap langkah dan silap percaturan.
Di peringkat warga emas ini kadang kala pemikiran kita sudah tidak Tajam. Tidak ramai yang hebat seperti YAB Tun Dr Mahathir. Maka kita ukur baju di badan sendiri. Kita kena tepuk dada tanya Iman. Ye....Iman dan Taqwa.
Saya masih jauh kekuranganan dalam membawa bekalan
ke penghujung hidup ini. Saya insaf. Teman saya kata jangan terlalu serious memikirkan hidup. Serah sahaja pada Allah. Dia yang maha Mengetahui.
Hati saya amat khuatir tidak kesempatan dan tidak punya kederat kerana kesihatan badan makin lama makin rapuh. Tiada warga emas yang makin tua makin hebat dari segi kederat badan dan fikiran. Semoga Allah mengampuni dan memberi ruang dan peluang untuk berbakti penuh ikhlas keranaNYA.
Kami beredar rasa lega dapat bercerita-cerita santai mengenai tindakan kehadapan dalam kegawatan ekonomi negara sekarang. Sedikit sebanyak ia menjejas Tadika kami di Tangkak. Tetapi kami bertekad untuk meneruskan usaha, Ustaz kata jika kita rajin berusaha dan berdoa....pertolongan Allah itu hampir dengan kita. Sermoga usaha kami diberkati.
Dalam pada itu kami bersyukur dengan apa yang Allah kurnia.
Yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.
.........
No comments:
Post a Comment