"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, November 22, 2017
Ilham pertunanagan kini....
Dua minggu dulu suami dan saya menghadiri majlis pertunanagan anak seorang teman akrab di Sungai Merab Dalam, di Bangi Selangor. Rasa teruja apabila masuk ke ruang tetamu di rumahnya sedia terhias sebuah pelamin teratur indah. Saya jarang sekali ke majlis seperti ini sejak umur keemasan ini. Zaman saya dahulu tidak ada seperti ini.(Atau saya tidak ada pengalaman. Malah di zaman anak saya pun tidak demikian.) Upacara menyarung cincin pertunanagan dibuat dibilik sahaja dan hanya saudara terdekat yang menyaksikannya. Kini seluruh rombanagan menyaksikan upacara itu.
Kata sesetengah orang tetua waktu itu pertunangan dikira hal keluarga terdekat sahaja. Katanya jika ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai kejinjang pelamin setelah dihijabkabulkan maka tidaklah ia menjadi suatu yang dikira aib atau memalukan keluarga. Kini zaman dan budaya sudah berubah.
Saya lebih suka cara lama........
Tidak mengapa. Apa cara pun tidak mengapa asalkan sahaja ia sederhana.
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment