Dua hari dulu suami dan saya balik kampung ziarah jenazah bapa saudara yang meninggal dunia pada pagi Ahad 12 Nov. Dia meninggal semasa solat subuh atau sejurus habis solat subuh. Anaknya kedngaran ia seperti jatuh dari kerusi untuk solat. Ia dikejarkan ke hospital terdekat tetapi dikatakan ia sudah tiada lagi.
Mengikut cerita sebegitu saya yakin ia mendapat "Khusnul Khatimah".
Kami tiba lepas waktu Dzohor dan di maklumkan jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar.
Ramai yang hadhir. Saaudara mara dan kenalan sekampung bergilir-gilir datang ziarah. Saya rasa terharu dan tersedih kerana saya rasa rapat denga Allahyarham dan ahli keluarganya. Dulu kami sering ziarah menziarahi tetapi apabila umur meningkat lanjut kami berziarah hanya pada majlis perkahwinan atau semasa hari Raya. Jika mendapti tidak sihat pun kami cuba ziarah juga.
Begitu lumrah hidup kita......
Namun hari itu saya rasa agak tidak selesa apbila ada diantara kami yang berziarah bersembang seperti biasa. Penghormatan jenazah di lakukan dengan membaca ayat-ayat suci AlQuran. Begitu yang saya perhatikan.......
Di sesetengah tempat amalan seperti ini ada sedikit pertikaian kerana tidak ada dalam Sunnah katanya. Biasanya saya diam sahaja kerana tidak cukup ilmu untuk berbahas. Perbahasan agama bukan ikut sesuka hati.
Maka mereka yang sibuk sembang saya mendengari...... tetapi tidak menyumbang idea melainkan apabila ditanya. Saya menjawab ringkas sahaja kerana pada saya semasa jenazah belum selesai diurus, seharusnya kita berzikir di hati dan mendoakan Ruh yang telah diangkat pergi. Ustaz kata kita buat ulang-ulang kali.
Memang dirasai agak penat menumpu pada keberadaan Jenazah di atas rumah. Namun saya ingat pesanan supaya diam. Cerita hal-hal hidup dan kehidupan boleh dibuat waktu lain. Sekurang-kurangnya kita duduk diam dan menginsafi diri kerana semua kita mesti melalui hakikat Manusia mesti mati, tiada pengcualian. Janganlah bersembang hal anak cucu, hal siapa sudah berumah tangga siapa belum, siapa dah masuk university dan bekerja di mana dan berbagai. Ada kalanya kedengaran gelak ketawa yang tidak seharusnya berlaku.......
Diam adalah lebih baik.
Itu pendapat saya........
Jika waktu seperti ini kita masih lalai, saya secara peribadi takut kita akan terus lalai. Janji mati tidak ada tarikh ditentukan. Ia akan jadi tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat.....
.......
No comments:
Post a Comment