"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 2, 2017

Merakam Foto melayan memori......


Satu lumrah hidup.

Dengan meningkat umur, banyak kemudahan 
anugerah Allah diambil balik.
Kita harus bersyukur atas apa jua anugerah yang Allah beri,
 dan kita harus
 faham mengapa anugerah Allah tidak serupa.
Di sisi Allah semuanya sama kerana yang penting 
kita tahu menghargainya, 
dan kita tahu mensyukurinya.  

Daya ingatan adalah antara anugerah yang amat berharga.
Ditahap umur kini, anugerah ini saya rasakan makin menurun. 
Ada diantara kita yang kata bukan menurun tetapi 
kerana terlalu banyak dalam simpanan memori maka agak sukar menzahirkannya dalam saat yang diperlukannya.
Apa pun realitinya hanya satu. Lambat laun semua anugerah
 Allah akan diambil semula
hatta jasad dan nyawa  kita buat selamanya.
Alhamdulillah, kita diberi peluang mengenaliNYA melalui
 anugerahNya walupun banyak yang 
dalam diri kita yang belum sempurna.



Maka di sini saya rakam foto-foto yang ingin saya ingati sementara 
masih ada ingatan buat renungan ahli 
warisan saya.

Saya dan suami berada di Jakarta minggu lepas.....melancung.
Jakarta (Tanah Jawa buat saya) satu destinasi 
yang sentimental. Saya 
keturunan Jawa dari Solo,  dan sering saya melawak 
bahawa saya keturunan pendatang tanpa izin ke Malaya waktu itu.
Allahyarham bapak saya menyanjung kepimpinan Soerkano tetapi
atas desakan hidup kami hijarah ke bumi sini.

Tugu di atas itu saya rakam di hadapan lapangan terbang.
Apa signifikannya saya tidak tahu. Saya rakam kerana 
menunggu lama bas pelancunagan kami.






Di atas ini di Wancul Beach City. Hampir maghrib dan sunyi.
Pokok ini saya lihat sebagai lambang betapa tuanya Tanah Jawa.




Dua foto diatas adalah kawasan laluan di hadapan Clay hotel 
tempat kami menginap.
Pagi hari minggu ada peniaga kecil berjual barangan keperluan.
Kegigigihan mereka mebawan hati saya. dalam panas mereka masih mampu menyapa pelanggan dengan senyuman.



Ini laluan di bandaraya Bogor berhampiran istana yang 
didiami President Jokovich.
Pemandu kami kata beliau tidak suka Jakarta antaranya kerana
terlalu sesak dan macet selalu. Udara lebih nyaman di Bogor.



Ini saya dan teman akrab saya yang menjadi ketua rombongan.





Ini foto kumpulan di hadapan Restauran Batik Kuring yang menghidangkan makanan Sunda atau makanan Madura. Saya sudah lupa. 
Saya lebih minat makanan Padang hampir menyerupai
 masakan arwah Emak saya.



Ini di kawasan di hadapan Monas, monumaent Nasional.



Ini di hadapan pintu gerbang di Masjid Istiqlal,
 masjid terbesar di Jakarta.



Ini perhantian terakhir hari itu 29 Oktober dam perjalanan 
ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta.
ALL FRESH store.
Banyak buah0buahan yang kami beli sebagai ole-ole buat
 keluarga di rumah.
Harganya amat berpatutan.



Cukup setakat ini foto-foto yang saya kira dapat 
melayani memori saya.
Akhir sekali salam sejahtera dari saya dan suami
berfoto di Lobby Hotel menanti Bas.
Bermusafir dalam umur sebegini dengan bas amat 
 mencabar kemampuan 
kaki berjalan dari satu tempat kesatu tempat
Alhamdulillah. Semuanya Allah mudahkan. Penat tetapi seronok.


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails