Sejak saya meninggalkan Pontian Secondary English School pada tahun 1964, hanya dua kali saya hadir class reunion..... pada tahun 2015 dan 2017. Sebelum itu saya tidak dapat dijejaki oleh kumpulan kekawan yang menganjur acara Reunion itu.
Dua reunion ini diadakan di Pontian, tempat asal kami dilahir dan dibesarkan. Saya teruja dan mengikutinya. Setiap kali menghadiri saya bertandang di rumah kakak saya.... balik kampung dengan "homestay" istimewa. Rumah tinggalan emak dan bapak sudah dirobohkan setelah keluasan tanah difaraidkan. Demikian lumrah hidup.
Setiap kali saya pulang kampung saya akan melihat-melihat sekeliling rumah kakak saya. Pokok dedaun ubi kayu adalah kegemaran utama. Ada juga pohon daun tenggek buruh, limau nipis, cicli padi dan berbagai lagi untuk kegunaan masak harian. Indahnya duduk di kampung......
Di atas itu rumpun pokok bunga puding yang sentiasa segar di hadapan rumah kakak saya. Saya tidak miss ambil foto.... mengenang masa pulang dulu ada emak untuk bermanja. Kini tiada.... Bapak saya meninggal semasa saya berumur 16 tahun dan tidak punya kamera waktu itu untuk merakam sejarah kluarga....
Bila balik kampung kakak akan masak lauk-lauk kesukaan saya. Selalu kami akan buat bersama juga masaakan yang arwah emak suka dan tidak akan miss mengingatinya. Ada kalanya juga saya bawa kakak keluar makan. Kali ini kakak yang seorang lagi tidak sihat dan hanya kakak seorang sahaja yang kami bawa. Hari itu hari Jumaat dan di Pontian tidak banyak kedai makan Melayu yang buka. Hanya satu yang sudah siap masak dan kami makan ikut selera yang ada. Suami saya tidak miss masakan asam pedas kepala ikan. Alhamdulillah.....
Kami bawa pulang lauk untuk kakak yang seorang lagi......
Dalam hati rasa sayu kerana keberadaan seperti ini tidak akan lama berterusan memandangkan kakak saya berumu 82 dan 78..... adat kata demikian. Namun saya berdoa semoga umur kami panjang dan bermunafaat jua.
Keesukan harinya suami dan saya akan menghadiri Reunion Dinner dan di ikuti pula dengan melancung ke Pulau Karimun melalui pulau Kukup. InsyaAllah saya sambung cerita ini nanti.
Sementara itu saya rakam foto kakak saya berumur 78 tahun untuk ingatan anak cucu dalam keluarga besar semoga sentiasa mendoakan kesejahteraan kami.
Aaminn ya Rabb......
.........
No comments:
Post a Comment