"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, June 17, 2021

BICARA KELUARGA....@Covid19




Basmalah.svg

Lagi cerita-ceriti perihal hidup diselubungi masaalah virus covid19.
Bukan ingin komplain cuma ingin kongsi-kongsi detik-detik kehidupan yang diselubungi berbagai masaalh. Semoga kita dapat melihat masaalah ini bukan sebagai suatu tanda Allah tidak sayang (kerana itu berburuk sangka dan tidak baik), tetapi sebagai merombak cara berfikiran semoga kita dapat melihat diri kita lagi luas dalam menilai sejauh mana kita telah dapat menjalani hidup ini seperti yang Rasululla saw ajarkan.

Di musim covid ini saya tidak dapat bermesra dengan anak cucu seperti semasa  sebelum ini. Maka meja makan rumah saya sering sunyi sepi.
Saya ada 15 orang cucu dari umur 15 tahun hingga setahun lebih sahaja. Hanya 4 orang yang tinggal bersama, yang berumur 10 tahun hingga  setahun itu sahaja.
Cucu-cucu pun sudah tidak ke sekolah kerana semua di cutikan
 akibat virus covid itu.
Bingung juga dibuat saya kerana mereka bosan di rumah sahaja dan sering berkelahi sesama mereka. Ditambah pula dengan jeritan yang kuat walau pun semasa bergurau sesama mereka. Dalam umur tua seperti saya ini saya amat sensitif dengan bising yang tidak berhala.


Ini cucu yang 4 tahun  bersama saya yang baru masuk TASKA 
tetapi sudah 'bercuti' panjang.
Dalam keadaan begini saya tanyakan ibunya sama ada kena bayar yuran Taska ke tidak. Katanya hingga ini belum ada arahan. Saya katakan padanya jika diminta, bayar sahajalah kerana dengan cara itu kita
dapat membantu 
Taska yang ada masaalah kewangan.

Saya rasa begitu sebab saya dan seorang teman akrab juga
 mengendali sebuah Tadika dan Taska di Tangkak Johor.
Kami juga bermasaalah kewanagan. 
Tetapi kami katakan pada ibu bapa pelajar supaya buat keputusan
 sendiri dan kami tidak paksa. Saya pun biarkan guru besar mengendalikannya.
Tidak ada masaalah besar setakat ini. Semoga wabak virus ini
 segera berlalu dan kita semua dapat menjalani hidup
 dengan aman dalam semua segi dengan izin Allah jua.

Dari segi ekonomi keluarga, kami juga terjejas. Seorang anak lelaki saya
 terpaksa hantar anak yang 5 orang itu balik tinggal di kampung
 kerana anak saya tergendala sedikit dalam hal kewangan.
 Isterinya alhamdulillah baru dapat kerja di klinik swasta 
dan ia dapat membantu suami.

Anak saya yang bekerja dengan kerajaan tidak ada masaalah kewangan.
Alhamdulillah dan ia dapat membantu adik beradik yang berkeperluan.
Anak saya yang seorang lagi telah mula berkebun 
sebelum Covid dan sekarang masih terkial-kial kerana SOP
 yang ditentukan dan juga hal-hal lain yang berkaitan.
Saya hanya beri nasihat supaya bersabar dan mencari punca-punca lain 
untuk menambah pendapatan. 

Saya kata pada anak-anak pada masa sekaranglah mereka harus
 bermuhasabah diri tentang tujuan Allah jadikan dan tentang tujuan kehidupan.
 Saya rasa semua kita harus bermuhasabah diri dan mencari
 kelemahan lebih dari melihat kejayaan.
 Semua kejayaan adalah dari Allah dan saya minta anak-anak 
melihat sama ada nikamat yang ada sebelum Covid ini di kongsikan sebagai kesedaran bahawa semua yang kita ada bukan hak mutalk kita 
tetapi hak orang lain yang memerlukan bantuan kita
 dalam apa jua kemampuan.


Suami saya yang rasa agak serba salah kerana tidak dapat 
jumpa kekawan. Sebelum ini ada juga peluang keluar minum kopi dan makan bersama dan sembang-semabng kehidupan.
 Sekarang suami saya pun sudah berkurangan kemampuan dan
 hanya bersembang dengan kekawan di alam maya, sesekali sahaja.

Itu sahaja cerita ceriti keluarga musim covid19 ini. 
Saya tidak mahu komen sejauh mana pula kerajaan telah membantu. 
Saya bersyukur sahaja. Tidak ada keluarga terdekat yang terkena covid. Alhamdulillah. Namun saya rasa kesal sedikit
 kerana kepimpinan politik dan penyokong tidak melihat dengan
 tujuan mencari penyelesaian bersama. Tetapi mencari salah
 dan mengatakan siapa yang lebih baik memegang tampuk kepimpinan dalam mengendali masaalah yang ada.
 Siapa jua pemimpin jentera perkhidmatan adalah staf dan pegawai yang sama. Kemampuan dan kekuatan mereka sama sahaja siapa jua
 yang menjadi Perdana menteri dan menteri-menteri.
 Mungkin saya silap kerana saya sudah 18 tahun bersara dan
 mungkin jentera kerajaan sudah amat berlainan.
 Walau apa pun saya berdoa semoga negara dan rakyat 
selamat dunia akhirat.

Semoga kita bertemu lagi. Semoga Allah sentiasa menurunkan pertolongannya.
Aamiin ya Rabb....


 

No comments:

Related Posts with Thumbnails