"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 4, 2021

NENEK INI TINGGAL DI BAWAH POHON...@( tersinggung/merajuk????)


Bismillahanimated.gif

Saya penasaran bertanya di hati mengapa orang perempuan tua ini
tinggal seorangan di bawah pohon....tanpa atap dan dinding, 
boleh kesejukan bila hujan cuaca pasti dingin.
Dengarilah sendiri.  Saya simpati.......
Bukan hanya simpati, saya tanya diri sama ada  saya mampu
 buat begitu atas apa sebab sekali pun. Ngeri.....
Perempuan ini seolah berkata ia menyendiri kerana rasa "kecil hati"
 atas suatu yang berlaku pada dirinya. Ia beranikan diri dan
hidup berasingan dan sendirian.

Sehubungan ini saya ingin cerita sikit suatu yang berkaitan dengan
 rasa hati saya megenai apa yang berlaku seperti yang berlaku
 pada perempuan tua ini.

Saya setuju bila  seorang teman berkata:
 "The World belongs to the Brave."
Teringatkan sejarah hidup bapak saya.
Bapak saya berani merentas lautan untuk Hijrah ke Malaya.
Tahun bila ? Ikut umur arwah kakak sulung saya kini ia 95 tahun 
kalau masih ada. Rasanya bapak saya sudah
 di Malaya waktu itu, awal 1900....an.
Saya selalu kata pada anak dan anak-anak buah bahawa 
saya berani macam bapak saya dan saya kata: "I am a survivalist". 
Saya tidak mudah mengalah kalau saya rasa di'bully' 
atau dalam kesusahan. Saya akan cari jalan untuk mengatasi rintangan.
Bukan saya tidak rasa 'takut' tetapi saya cari jalan lawan rasa takut itu.
Saya sering doa mohon saya tidak nampak takut,
 walaupun saya sebenarnya rasa takut. 

Namun alhamdulillh saya menyedari hakikat bahawa walau apa pun,
 jangan rasa hebat. Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah.
 Semua hak Allah swt jua. Allah cuma mahu kita berfikir dan berusaha. Itu pun mestinya dalam ruang lingkup paradigma Tauhid.

Maka dalam apa jua hubungan manusia dengan manusia, 
(saya fikir-fikir tentang perempuan tua ini).
 Saya sering fikir panjang untuk memastikan semoga tindakan 
saya itu terbaik buat saya dan buat orang
 yang saya janji dihati untuk bela.
Maka di sini saya rasa seperti bersalah melihat 'nasib' 
wanita tua dalam video itu..
Katanya dia ada anak ada saudara.Tetapi tiada yang peduli.....
Pihak yang berwajib (kalau di Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat)
pun seperti tidak nampak walaupun tempatnya ditepi 
jalan raya terang dan nyata.

Maka dihati saya berdoa. Semoga ia mendapat pembelaan Allah swt 
di akhir hayatnya dan di akhirat nanti.
Allah swt itu maha Kasih Sayang, maha Bijaksana, dan
maha Megetahui apa yang Tersembunyi dan apa yang Nyata.
 Semoga Allah menganugerah keampunan
dan menempatkannya di tempat yang Mulia yang mana hanya 
Allah swt yang maha Mengerti kesemuanya.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails