"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 25, 2009

JALAN JALAN EIDULFITRI

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk mensyukuri nikmat berpuasa dan kini berhari raya. Hari Raya Eidulfitri adalah untuk menzahirkan amalan kesyukuran terhadap kurnia Allah yang tidak terhingga. Tidaklah kita hanya mengira kurnia itu berbentuka wang ringgit, dan punya keluarga bahagia dan lain-lain sepertinya. Kurnia Allah itu amat uniq sekali dan bukan ukuran pemikiran yang biasa yang dapat menghayatinya. Kurnia Allah berbentuk yang nampak dan tidak nampak, iaitu yang lahir dan yang batin. Jadi apa jua yang kita hadapi, senang atau susah, gembira atau dukacita, jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa maka kita akan dapat merasai kurnia Allah dan akan benar-benar rasa bahagia dan tenggelam dalam ketenanagan yang amat luhur sekali.

Alhamdulillah, jika kita belum dapat merasai itu, tetapi kita tetap meningkatkan iman dan taqwa, lambat laun Allah akan menzahirkannya dalam diri kita. Aku berkata demikian kerana Aku berprgang dengan janji Allah yang bermaksud : "Buat apa yang Aku suruh, tinggal apa yang Aku larang, dan jangan mensyirikkan Aku, pasti Aku bersama mu".Semoga Allah kurnia pada kita.

Hari Raya Eidul Fitri adalah untuk memuji Allah, membesarkanNya, dan bukan untuk bergembira sesuka hati kita. Definasi kegembiran jangan dicemari dengan bentuk hiburan yang diselaputi pengaruh kemungkaran. Islam ada bentuk hiburannya yang tersendiri dan bukan dengan meniru-niru dan menyerah diri pada pengaruh luar, terutamanya pengaruh Yahudi yang sentiasa memerangkap kita dengan "hiburan" supaya mudah kita dijajahi oleh mereka, kalau bukan secara politik, maka secara sosial dan lainnya.


AZRUL, SARA AND UWAIS

PIZAH AND JAJAR
Justeru itu jalan-jalan Eidulfitri bagi kami sekelurga ialah setelah selesai menunaikan solat EidulFitri dan bermaaf-maafan, kemudian kami menzirahi sanak saudara jauh dan dekat.


KELUARGA KAKAK DI PONTIAN



KAKAK UMUR 70 TAHUN 


KAKAK 75 TAHUN

Kami ke Pontian dan Kota Tinggi Johor untuk sehari semalam. Ada rasa suka ada rasa sayu bercampur-campur. Sayu kerana mungkin ini kali terakhir kami mengunjungi waris tertua dalam keluarga ku, iaitu kakak yang sekarang berumur 75 tahun dan telah hilang penglihatan kerana kesan kencing-manisnya. Seorang kakak lagi berumur 73 dan seorang lagi 70 tahun. Tanpa aku sebut secara terang aku bersimpati dihati dengan kakak-kakak ku yang anak-anaknya tidak pulang kerana kegesiran perasaan. Aku terkilan dengan keadaan ini. Namun aku senyap-senyap berdoa semoga ada hikmah disebalik rasa sayu dan hiba ini. Tetap aku mengucapkan Alhamdulilah kerana Allah wajib dipuji atas apa jua yang berlaku pada diri kita. Secara ringkas dan secara "discreet" aku mencadangkan agar kita muhasabah diri mengenai fenomena ini. Cuba kita lihat mungkin kita yang bersalah atas kegisiran ini. Kalau kita rasa tidak bersalah sekali pun apa salahnya kita mengalah dan pergi menziarahi anak kita yang tidak pulang itu, kalau kita mampu. Atau kita sekurang-kurangnya menalipon. Mengalah tidak bererti kalah. Lagipun dalam Islam soal kalah menang tidak timbul. Biar kita yang menghulur tangan kemaafan walau pun kita yang tua. Allah berfiraman dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga134 yang bermaksud:

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan pada masa susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

Aku berpegang pada fakta bahawa kalau kita cuba mahu benar-bernar berhati ikhlas, maka kita jangan berpegang pada adat dan protokol sosial seperti yang muda mesti mencari yang tua dan sebagainya. Itu prinsip yang baik tetapi bila timbul kebuntuan maka kita kosongkan hati kita yang bersifat "tamak" hanya semata-mata kita yang tua atau kerana kita merasakan kita tidak bersalah. Biar Allah yang menentukan siapa yang betul siapa yang salah. Kita buat sahaja apa yang wajar untuk mengeratkan kekeluargaan demi Allah semata-mata.


PERJALANAN KE KEDAH




SITI DAN ANAK AIMAN


AIN


SISTER SHIM DAN SUAMI


Kemudian pada Hari Raya ketiga, kami ke Kedah dan Penang pula selama 3 hari dan 2 malam. Seperti biasa kami ke rumah mak saudara dan bapa saudara yang telah tua dan uzur. Kami sembang-sembang dan antaranya bercerita berapa cucu dan cicit yang ada, siapa telah ke University dan siapa yang telah berkerja. Aku pun senyap-senyap bertanya kepada diri kenapa tidak bercerita siapa yang belum berjaya ke university atau belum berjaya mendapat kerja dan siapa pula yang merangkak-rangkak cuba berbuat sesuatu untuk menyara hidup harian. Ini yang nampak ketara pada masyarakat kita. Kita selalu tidak memberi tempat pada "yang kurang berjaya" kerana kejayaan hanya kita ukur dari segi kebendaan. Aku cuba menyelit -nyelit bertanya dengan tujuan mencetuskan sedikit muzakarah apa itu erti kejayaan dan kebahagian di sisi Islam. Ada sedikit sambutan tetapi perbincangan tidak panjang dan tidak dapat memantapkan kefahaman falasah kejayaan dan kebahagiaan dalam Islam. Tak apalah mungkin dilain kesempatan perkara ini dapat dibincangkan lagi. Maklumlah, dalam suasana Hari Raya "yang biasa" orang tidak bercakap yang serious-serious.



 

Yang agak menarik di Penanag ialah keluarga suami ku mengadakan "gathering" anak cucu Hj Hassan (Bapa mertua ku) buat pertama kali hampir kesemuanya datang. Kami buat di Hotel yang sederhana besarnya kerana kami ramai, dan mahu menghiburkan hati anak-anak kecil di koalm renang dan di Pantai. Alhamdulillah, semuanya nampak seronok, terutamanya anak-anak remaja dan kecil. Tahun ini Allah kurrnia rezki lebih sedikit dan adik beradik suamiku untuk pertama kalinya dapat memberi "duit raya" pada yang tua-tua agak lumayan sedikit berbanding tahun-tahun dahulu. Aku rasa terharu atas sikap ini kerana jelas prinsip yang dipegang ialah kita kongsikan kejayaan kita pada semua yang mungkin kerana semuanya dari Allah jua. Ayat alQuran di atas tadi pun mengatakan kita memberi ketika senang dan ketika susah. Dan kita pun tahu bahawa yang kaya Allah uji dengan kekayaannya dan yang miskin Allah uji dengan kesabarannya. Memberi adalah tanda kesyukuran dan menunai kewajipan atas nikmat Allah swt. Adalah hak bagi yang tiada untuk menerimanya.

Jalan-jalan EidulFitri membawa erti pengabdian dan semoga Allah memberi peluang lagi di Syawal-Syawal akan datang. Sementara itu kita sentiasa memohon keampunan dan jika sampai masanya untuk beredar buat selamanya, kita telah redha dan Allah meredhai. Amin.

3 comments:

Aponghaziqdoyle said...

kadang2 kehidupan mengajar kita erti kesabaran...kesabaran dalam kekeluargaan..tiada erti benci...sabar menanti sebuah keluarga yang dirindui bersama...
tetapi kesabaran tidak menunggu waktu hayat seseorang...mampu pergi...mungkin esok...lusa..atau mungkin seminit dua lagi...

hopefully my family will be happy again...macam dulu...

ngasobahseliman said...

Alhamdulilah. Allah bersama hambaNya yang sabar. Terus sahaja berdoa. Bila ada kesempatan, talipon supaya hubungan tak putus.Selalu berlapang dada. Ambil sahaja yang jernih. Allah maha mengetahui, maha melihat, maha mendengar. Kita jangan putus harap. Salam.

Aponghaziqdoyle said...

ya...i will...tanx 4 da advice...salam

Related Posts with Thumbnails