"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN AKAN BEREDAR

Hanya tinggal empat hari lagi kita berada dalam suasana yang amat membantu mana-mana hati yang mahu ditarbiyah dengan kesabaran dan keikhlasan dan lain-lain lagi sifat seorang yang beriman yang di tuntut oleh Allah, yang maha Pencipta. ( Maha Fatir, mencipta dari tiada ke ada). Manusia sebenarnya bukan "mencipta", cuma "merangka" dari apa jua yang sudah ada. Ini bukan semata-mata soal bahasa tetapi saya sebut kerana amat perlu kita menghayati kekusaan Allah yang lebar luasnya hanya Dia sahaja yang maha Mengetahui.

Kalau Ramdhan terlalu sikit masa sahaja lagi bagi kita menumpu pada amalan yang khusus untuk kerohanian, mengapa kita mahu bercerita panjang lebar mengenai Hari Raya, yang bukan berkaitan dengan hati dan budi vis-a-vis Allah. Saya perhatikan keluarga muda suka bercerita di Blog atau di mana jua mengenai keseronokan keluarganya. Kadang-kadang dalam bercerita itu ia lupa pandang kiri kanan bahawa ada orang atau orang-orang yang tidak ada keluarga. Kita harus sensitif hal-hal seperti ini, terutama semasa Ramadhan di mana ramai yang merasa sayu keseorangan tanpa keluarga dan sahabat handai yang rapat disekeliling. Eluklah kalau kita berhati-hati dalam "berkongsi kegembiran" agar yang kurang "berada" tidak tambah rasa keseorangan.

Melainkan orang yang bersaorangan itu tidak rasa keseorangan kerana ia amat faham tentang kewujadan dirinya di Bumi Allah ini. Allah tidak menganugerah rahmat yang serupa pada semua orang. Yang "berada" Allah uji dengan "keberadaan" mereka. Allah uji tahap kesyukuran mereka dan Allah nilai serendah mana tunduknya hati mereka pada yang Maha Pencipta. Yang kurang berada Allah uji dengan kesabaran dan keikhlasan mereka. Namun semua kita harus peka dalam menyambut hari baik bulan baik ini nanti kita jangan terperngkap dalam minda elitis, lupa merenong dan menghayati kurnia Allah yang berlainan pada makhluknya yang lain dan yang berlainan.

Mana mungkin kita hendak ambil tahu semua keadaan, kata setengah pendapat. Itu mustahil. Manakan mustahil kalau kita benar-benar mahu mengkongsikan "kebahagian dan kegembiraan" kita dengan orang lain. Cerita juga rasa hati yang agak sayu melihat ketidaksamaan antara kita, cerita juga tentang keistimewaan "kelainan" yang dirasai oleh orang lain. Beri tahu diri sekurang-kurangnya untuk mendoakan yang kurang ada menjadi ada, dan yang ada rasa berazam untuk berkonsi apa yang ada dengan yang kurang ada.

Cuba fikir yang senang dahulu. Kucing kita, contohnya. Bila kita balik kampung atau kemana-mana sudahkah kita aturkan pemakanan kucing itu. Ah..! itu kucing mendatang, nanti setengah kita akan mengatakan. Cuba semak hati kita. Kalau kesejahteraan kucing kita ambil ringan, sungguhkah hati kita ini sensetif pada makhluk yang lainnya. Cuba fikirkan kerana Allah tuntut kita untuk punya belas kasihan pada makhluk yang lainnya.

Kita masih sempat untuk berdoa semoga hati dan minda kita tidak bersifat elitis. Sifat elitis seperti ini yang biasanya akan memberi pengaruh negatif jika kita berkerja dan punya peluang untuk membuat dasar untuk keluarga, masyarakat dan negara. Ambil contoh sahabat Rasulullah terutamanya semasa memerintah. Saidina Umar akan menyamar diri malam-malam hari untuk melihat kehidupan rakyatnya, dan akan pulang dengan mengambil kira apa yang beliau lihat apabila melaksana sesuatu keputusan.

Semoga kita semua mendapat limpah kurnia rahmat Allah Ramadhan ini dan seterusnya Ramadhan ke Ramadhan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails