"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 10, 2009

VERSI BARU KHATAM AL QURAN

Alhamdulillah, pagi tadi ( 20 Ramadhan 1430 ) Masjid di Kampung Tunku telah mengadakan Majlis "khatam Al Quran" oleh kumpulan wanita yang diurus oleh Biro Muslimah masjid tersebut.


 
GAMBAR KENANGAN
Syabas diucapkan pada para peserta. Walaubagaimanapun apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah konsep "khatam al Quran" patut dilihat semula dalam konteks relevannya dengan kehidupan. Bukan semata-mata sebagai satu acara "sosial" yang diwarisi dari generasi ke generasi. Dari kecil lagi kita telah dibiasakan dengan budaya khatam Quran, di mana kita membaca alQuran dari mula hingga tamat dan di akhirnya diadakan satu majlis atau sessi khatam alQuran. Biasanya rata-rata apa yang ditekankan ialah kita harus membaca dengan terang mengikut tajwid yang betul dan diawasi oleh seorang guru, yang biasanya seorang yang terlatih.

Adalah dirasakan sudah sampai masanya budaya ini di ubah konsepnya mengikut tujuan sebenar alQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril hampir seribu lima ratus tahun dahulu. Secara ringkasnya cuba amati cadangan berikut. Cadangan ini bukan original saya punya tetapi apa yang saya rumuskan setelah berbincang dengan kawan dan ustazah untuk beberapa lama kebelakangan ini.
  1. Kita ajar generasi muda membaca alQuran dengan tajwid yang betul dari umur awal-awal lagi, iaitu sebelum umur 12 tahun atau paling lewat, umur ia baligh.
  2. Biasakan membaca alQuran sedikit setiap hari hingga ia dapat merasakan keseronokan membaca.
  3. Keseronokan boleh timbul dari hati sanubari kalau sesaorang itu memahami apa yang dibacanya. Oleh itu setelah dapat membaca dengan tajwid yang baik, hendaklah diajarkan pula maknanya. Atau pun ini boleh dibuat serentak mengikut peluang dan ruang yang ada.
  4. Makna ayat-ayat alQuran itu pula harus di berikan apa relevannya dalam kehidupan seharian, dan mengapa ia adalah suatu yang unggul sebagai cara mendisiplin diri.
  5. Di bawah awasan seorang guru, anak-anak pula (hingga remaja dan belia) hendaklah dimaklumkan ayat-ayat yang jatuh wajib pada setiap diri untuk menghayati dan mengamalkannya. Ini hendaklah dalam ruang lingkup yang meliputi hal-hal yang di bawah kategori fardhu 'ain dan yang di bawah kategori Fardhu kifayah.
  6. Hal-hal fardhu kifayah seperti tuntutan sains dan teknologi hendaklah digaris merahkan supaya lekat dihati dan diberi kefahaman bhawa ilmu dalam Islam meliputu apa yang ada di langit-langit dan apa yang ada di bumi.Kesemua ini hendaklah diterokai dan ia merupakan satu kewajipan.
  7. Beri kefahaman bahawa alQuran bukan untuk di baca semata-mata. Ayat-ayat yang mengenai manusia dituntut untuk berfikir dan menggunakan aqal hendaklah juga digaris merahkan. Konsep Ulul-Albab hendaklah dijelaskan dengan terang.
  8. Bila agak sudah dewasa, sesaorang itu pula harus melihat sendiri pada dirinya mana ayat-ayat yang sudah dilaksana oleh diri sebagai individu dan oleh diri sebagai ahli kumpulan. Ini pastinya memakan masa dan setiap Muslim mesti istiqamah dalam melaksana apa yang di gariskan dalam alquran.
  9. Kemudian sesaorang itu harus pula membaca hadis bersekali dengan alQuran kerana dua sumber ini tidak boleh diasing-asingkan.
Butiran di atas tidak sempurana lagi, tetapi hanya sebagai permulan untuk melihat semula budaya membaca dan khatam alQuran dalam masyarakat kita. Jangan kita mengambil Islam sebahagian-sebahagian sahaja dan jangan ritualistik dalam pendekatan.

Saya sebagai individu sedang menyesali diri kerana semasa saya kecil , remaja, belia dan kemudian dewasa, fakta ini tidak dititik beratkan. Jadi saya menulis ini supaya genarasi akan datang tidak rugi semacam saya. Kerana hari ini kita lihat bukan orang Islam yang di hadapan dalam banyak bidang kehidupan dan bidang penyelidikan. Sekarang ini saya hanya memfokus kepada apa yang sewajarnya memandangkan umur saya sudah hampir senja.

Saya selalu nasihatkan anak buah saya supaya berfikir bulat  ( 360 DEGREE THINKING) dalam melaksan Islam. Pihak media juga harus mengutarakan individu-individu yang berjaya yang bersifat syumul. Kita berbangga dengan ilmuan yang dahulu kala tidak mencukupi. Tugas kita orang Islam adalah sekarang. Kenapa biarkan mentaliti Yahudi memerangkap kita. Lihat apa yang Allah kata mengenai Yahudi dalam alQuran supaya kita faham dan mengerti bagaimana hendak menyusun strategi menghadapinya.


Ini dulu. Kita bicang lagi dalam sessi lain. Mohon pembetulan cadang ini siapa yang sudi. Semoga ini jadi ilmu yang dimunafaatkan dan menjadi sebahagian dari amal soleh. Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya dam memudahkan segala urusan hidup dan mati kita.


No comments:

Related Posts with Thumbnails