"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 7, 2009

Malam 17

Selama lebih 60 tahun, tarikh yang terlekat dihatiku ialah 17 Ramadhan untuk Nuzul Al Quran. Rupanya ada riwayat lain yang mengatakan 21 Ramadhan. (rujuk Blog Zaadut-Taqwa).Ada nas tertentu.Tetapi fakta Al Quran turun dalam bulan Ramadhan tidak banyak dipertikai. Dan dalam bulan Ramadhan jugalah Tentera Islam menanag Perang Badr al Kubra. Walaupun bilangan tentra kaum kufar jauh lebih besar tetapi Allah telah menurunkan pertolongan yang tidak disangka-sangka oleh akal biasa.

Dalam merenongkan peristiwa sejarah ini, fakta yang menyusuk dan menyentuh hatiku ialah perihal pertolongan Allah swt kepada sesiapa yang Ia kehendakki. Komitmen yang tinggi, Iman kental yang membentuk keyakinan diri dalam perjuangan adalah sesuatu yang aku janji pada diri untuk mewarisinya. Semoga Allah memudahkannya.

Aku bertanya pada diri. Di mana kedudukan ku dari segi keyakinan untuk berpegang teguh pada janji Allah bahawa kita harus rasa cukup dengan pertolonganNya dan pemeliharaanNya. Kalau kita ada masaalah, aku diingatkan supaya jangan menggunakan akal semata-mata dalam mencari penyelesaian. Jangan menggunakan logik semata-mata kerana syaitan mudah masuk jarum dan mempengaruhi minda yang tidak dikawal oleh Iman. Ego pula mudah terperangkap dengan 'rationalisation' sesuatu fakta. Hati akan berkata-kata menggunakan rasional bahawa manusia sepatutnya boleh berfikir. Tetapi kadang-kadang kita lupa bahawa pemikiran kita boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai universal tanpa kita menyedari bahawa nilai-nilai ini kadangkala boleh bercanggah dengan dasar-dasar Tauhid. Oleh itu aku diingatkan supaya berhati-hati melayan pemikiran sendiri.

Berkali-kali aku diingatkan bahawa dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah, aku harus banyak bermunajat pada Allah kerana Allah sahaja yang boleh menunjukkan jalan-jalan penyelesaian yang betul dan adil bagi semua pihak. Tanpa munajat dan mohon pertolongan, manusia yang sememangnya ada bersifat 'tamak' pasti akan mengolahkan sesuatu yang memberi keuntungan dan kesejahteraan pada dirinya dahulu. Kesejahteraan dan keadilan pada pihak kedua atau ketiga mungkin tidak akan terjangkau difikirannya.

Al Quran membawa Rahmat pada manusia. Cuma hati manusia sahaja yang susah mencari penyelesaian mengikut peraturan dan prinsip-prinsip yang telah di terangkan di dalamnya. Seorang kawan mengatakan bahawa kalau begitulah kita, maka kita baru dalam peringakat yakin pada ilmu, (ilmu yakin). Belum sepunhunya yakin pada mata ('ainul yakin) dan jauh sekali keyakinan yang bersifat mutlak (haqqul yakin). Proses mendidik hati hanya senang di mulut. Mendidik hati kecewa supaya belapang dada adalah suatu proses yang berat. Aku selalu mengingatkan diri jika bermasaalah seperti ini, maka kita harus membina keyakinan bahawa pada Allah sahaja kita patut bergantung diri, tempat kita berpaut kuat dan bukan pada orang atau apa jua yang lainnya.

Malam 17 pada Ramadhan tahun ini membawa makna yang tersendiri. Ia mengejutkan diri supaya mencermin hati. Hati ini hak Allah dan kesemuanya hak Allah. Jangan kita gaduh-gaduh pasal hak, pasal kuasa pasal kelemahan atau kekurang orang lain. Tiada siapa yang sempurna dalam apa jua hal sekali pun. Kalau kita mengaku hamba, maka kita pasti fakir di sisiNya. Dan fakir di sisiNya harus membawa keinsafan.

Semoga Ramadhan ini, dan seterusnya dari Ramadhan ke Ramadhan, Allah kurnia kekuatan dan kebijaksanaan, Iman dan taqwa untuk terus menjalani hidup ini dalam keadaan sejahtera di sisiNya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails