Kelmarin saya dan beberapa teman (perempuan kesemuanya) dijemput hadir ke rumah seorang teman lain di Kelana Jaya untuk menikmati "Rambutan Party". Teman ini memang suka menjamu dan hari itu dia masak juga laksam. Semoga sentiasa dimurahkan rezki.
Saya suka juga bertemu dengan kumpulan teman-teman ini. Lebih 80% daripada mereka adalah bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, sebuah sekolah menengah elit dari segi prasarana dan penempatan guru-guru. Kebanyakkan mereka asalnya dari keluarga sederhana. Tetapi sekarang mereka adalah golongan elit. Kesemuanya sudah bersara tetapi sebahagian mereka masih berkerja secara kontrak. Sebahagiannya menjalankan perniagaan sendiri. Jawatan yang dipegang dahulu adalah jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam. Anugerah bintang kebesaran adalah perkara biasa bagi mereka. Yang tidak bekerja sekarang, mereka benar-benar menumpu pada memperdalami pengetahuan Islam. Saya menjadi associate member dalam kumpulan ini kerana saya tinggal berhampiran. Itu sahaja.
Tajuk utama sembang santai kami ialah mengenai penangkapan tokoh-tokoh agama di negara kita kerana mengajar tanpa tauliah. Mereka tidak seronok kerana antara tokoh-tokoh itu adalah "tok guru' mereka. Saya sendiri pun berpendapat tidak sepatutnya ini berlaku kerana kita sebenarnya boleh berbeza pendapat atas perkara yang bukan di kira pokok dalam Islam. Sehubungan dengan itu soal politik juga terkait sedikit kerana seorang dari kami adalah "orang kuat" dalam parti pemerintah di negara kita. Agak hangat perbincangan kami. Semasa bekerja dahulu tidaklah berpeluang untuk berdebat demikian kerana banyak kekangan yang boleh menjejas kepentingan. Cuma dalam hati saya berkata-kata : kalaulah dahulu mereka boleh berhujah sedemikian, mungkin hala tuju negara tidak seperti sekarang ini. Tapi "kalaulah" tidak wujud dalam Islam.
Cakap punya cakap, bincang punya bincang kami tersekat sedikit bila memperkatakan tentang bagaimana cara untuk mencari jalan maju kehadapan (to move forward) dalam suasana yang agak kelam kabut sekarang. Hala tuju Kepimpinan politik tidak jelas dan ini telah mempengaruhi kepimpinan dalam perkhidmatan awam. Itu pandangan kami secara umum. "We must be practical, Sobah." kata teman politik ini. Saya kata : "We must be truthful." Saya kata demikian kerana selagi pendukung-pendukung perjuangan di negara ini tidak jelas tentang hala tuju, tidak jelas tentang strategi untuk ke arah itu maka jangan kita mimpikan akan mencapai kejayaan yang diidamkan. Kalau nampak seperti kita telah mencapai objektif itu sekalipun kita belum tahu yang tindakan kita diredhai Allah swt, kerana dalam Islam Tujuan dan Cara kedua-duanya mesti yang baik dan benar, (yang halal). "Kita semua mesti muhasabah diri dan memperbaiki diri kita. Kita kembali pada fitrah yang suchi" saya berhujah macam pandai sangat. Saya pinjam kata-kata seorang teman yang selalu tunjuk ajar pada saya dalam hal-hal perjuangan dan dakwah.
Saya yakin dan saya tekankan keyakinan ini dalam sembang santai itu bahawa kalau hati atau
qalbu kita penuh dengan perkara yang mungkar maka Pertolongan Allah amat jauh sekali. Kita mengaku kita Islam tapi perjalanan kita tidak menampakan KeIslaman itu. Dasar dan program yang kita pelopori bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam, maka mana mungkin objektif boleh tercapai. Kita akan menjadi seperti "pi mai, pi mai, tang tu gak". "We have grave INTERNAL PROBLEMS." kata seorang ustazah teman saya ini. Maka usaha kita akan gagal. Internal problems yang dimaksudkan disini ialah diri kita tidak bener-benar komited untuk menegakkan KEBENARAN Allah. Kita pilih-pilih prinsip Islam yang sesuai dengan 'cita rasa' kita.
Kita tidak boleh guna strategy "Be Practical". Strategy ini menggunakan aqal semata-mata. Wal hal Allah kata : "Buat yang Aku suruh, Rahmat ku bersama". Ini telah terbukti dalam sejarah kegemilangan Islam. Saya kata : "Kita betulkan diri kita. Kita taubat nasuha. Mula dengan tekad baru. Ikut ajaran Islam tanpa sangsi." "Mana sempat, Sobah. Kita nak buat sekarang." Kata kawan politik tadi. Saya kata : "Jangan risau bila masa kita nak capai matlamat kita. Allah tidak nilai kita dari hasil perbuatan kita semata-mata. Allah nilai kita dari usaha kita. Jadi kita baiki diri dan mula balik dengan yang betul. Yang lain kita tawakkal pada Allah" Dia senyum dan tidak meneruska perbincangan.
Saya agak terpinga-pinga kerana perbincangan terberhenti sebelum ada kesimpulan. Mungkin ada hikmah yang lain. Saya pun terus dengan makan rambutan dan kuih muih dan kemudian minta diri untuk balik. Dalam perjalanan pulang saya masih berfikir. Saya berdoa semoga hujah saya tadi menepati suruhan Ilahi. Diri saya pun masih banyak kelemahan dan kekurangan. Saya mengharapkan petunjuk Allah dan jika ada peluang berjumpa lagi mungkin saya boleh jelaskan lagi pendirian saya. Perjumpaan santai kadang kala tidak cukup masa untuk benar-benar fokus pada masaalah yang ada. Semoga Allah memudahkan peluang yang akan datang. Semoga Allah sayang pada kami semua. Amin.
2 comments:
Salam sobah. Alhamdulillah good article 'be practical' Macam pernah dengar argument..kembali kepada fitrah. Cara mudah nak argue dan faham kebenaran ialah menyedari bahawa semua yang batil akan binasa, termasuk akal orang cerdik pandai akan hilang di telan zaman, kecuali pandangan dan pemikiran yang ada kaitan dengan kebenaran. Ustazah saya kata tasbih kerana Allah yang akan kekal hingga akhirat dan lebih bernilai daripada seisi langit dan bumi bukan sekadar mengucapkannya di lidah sedangkan dalam hati belum benar-benar mengakui dan mendeklamasikan bahawa HANYA ALLAH YANG MAHA SUCI, MAHA BESAR DAN MAHA LAYAK DI BERI PUJIAN kerana semua di dunia dan akhirat kepunyaanNya. Usrah group is the best institution to instil kebenaran..it has to come from a clear conscience that 'if we have nothing we can't give anything...Muslims mesti ada ilmu yang mantap menegakkan kebenaran dalam semua perkara. Ada konsep 'rukhsah' atau kelonggaran dalam melaksana sesuatu tapi tidak ada konsep 'be practical' terutama dalam dunia yang terlalu cepat berlaku perubahan. You know very well yang tak berubah ialah hukum dan kebenaran Allah walau di mana kita berada dan dalam zaman apa pun. WaAllahu'alam
Terima kasih atas penjelasan lanjut. Next time I will request Anna to ask you to come along. You can fill in the blanks for me.Salam
Post a Comment