"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 7, 2009

WAJIB KAYA

Tiga hari dulu dalam sessi pengajian harfiah alQuran, seorang teman sepengajian memberi tahu Ustazah bahawa ada kemungkinan dia tidak lagi dapat menumpu pada kelas -kelas pengajian kerana dia ditawarkan untuk kembali bekerja di sebuah Bank tempatan. Ustazah mengatakan kalau dia sudah mampu menyara keluarga tanpa berkerja seperti hari ini, maka dia dinasihatkan supaya terus dengan pengajian. Ustazah kami ini memang sangat komited untuk mengajar harfiah kerana beliau berpendapat apakah ertinya hidup kalau tidak faham alQuran.

Saya berpendapat berlaianan sedikit. Sememangnya wajib kita memahami alQuran. Jika kita mahir dalam memahami secara harfiah, itu suatu yang amat digalakan. Namun saya berpendapat memahami alQuran boleh juga melalu pengajian ilmu tafsir, di mana kita mungkin tidak faham sangat kaedah penggunaan Bahasa Arab, tetapi kita boleh memahaminya menerusi bijak pandai yang hebat bahasa Arabnya dan pakar dalam ilmu tafsirnya. Oleh yang demikian saya berpendirian bahawa memahami alQuran itu wajib dan methodologi untuk memahami boleh berlainan.

Maka di luar kelas pengajian saya berhujah pada teman saya ini untuk menimbangkan tawaran kembali bekerja atas sebab-sebab berikut :
  • Menuntut ilmu itu wajib, melaksanakannya pun wajib. Oleh itu dia perlu ada channel atau saluran untuk melaksana ilmu yang sudah diperolehi. Dalam kes ini teman saya ini mempunya kepakaran yang mencukupi untuk membantu Bank tersebut melaksana Perbankan Islam. Bukan ramai orang Islam yang benar-benar komited untuk menegakan Kebenaran. Maka wajarlah dia mengambil tanggong jawab ini.
  • "Knowledge is a means to an end, and not an end in itself." Ilmu adalah sebagai alat. Kalau kita terus menuntut ilmu tetapi tidak mencari jalan untuk melaksanakan nya, maka tugas kita sebagai Muslim Mukmin belum selesai. Saya berpendirian sambil belajar sambil laksana. Kalau tunggu belajar sampai habis, dikhuatirkan umur kita tidak mengizinkan. Kalau umur mengizinkan pun munkin peluang kita sudah terlepas.(teman saya ini masih dikira muda, dalam lingkungan lewat 30an atau awal 40an)
  • Lihat seperti orang yang bersara dari kerja makan gaji dan lepas bersara baru hendak menuntut ilmu, bila masa pulak hendak melaksana ilmu itu. Setakat untuk diri sendiri dan keluarga terdekat bolehlah, tetapi untuk ummah bagaimana?
  • Ilmu yang dimaksud di sini ialah semua jenis ilmu dan bukan ilmu yang khusus untuk ibadah ritual sahaja.
  • Soal kewangan adalah soal yang sama pentingnya jika kita memperkatakan ibadah yang aula. Teman saya ini memang bekecukupan untuk menyara keluarga hingga 'ke akhir hayat', insyaAllah, katanya. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa soal orang Islam mencari kekayaan adalah suatu yang amat di tuntut dalam Islam. Rasullah saw dan sahabat-sahabt hampir kesemuanya kaya raya. Cuma mereka tidak berpoya-poya dengan kekayaan. Semua diinfakkan untuk Islam.
  • Oleh itu saya mencadangkan pada teman saya ini bahawa kita perlu cari kekayan. Pada pendapat saya ia jatuh wajib dari segi Islam, sebab kemiskinan boleh menjerumuskan sesaorang ke lembah kekufuran.
  • Kita WAJIB KAYA. Kalau kaya barulah kita boleh membantu orang yang miskin melalui zakat atau sedeqah jariah. Sama pentingnya ialah dengan kekayaan barulah kita boleh melabur untuk membangunkan ekonomi Islam. Barulah Islam lebih digeruni dan dihormati. Sememangnya kita perlu pertolongan Allah swt. Tetapi prinsipnya ialah ZIKIR, FIKIR dan IKHTIAR seperti yang dipelopori oleh sebuah Pasentren Darul Tauhid di Bandung. Tetapi berzikir hanya di atas tikar solat belum mencukupi. Bentuk zikir itu seharus menjadi pemangkin untuk aktiviti penghayatan Islam yang lebih menyeluruh.
  • Sememangnya Islam menuntut kita jadi kaya. Bukti mudah adalah kewajipan menunaikan fardhu haji ke Baitullah. Kalau miskin mana mungkin kita menunaikan rukun Islam yang kelima ini.
  • Ini belum lagi bercerita tentang percaturan kuasa di dunia luar sana. Walaupun kekuatan Islam bukan semata-mata atas kekayaan harta benda sahaja, namun kalau kita kaya keimanan dan kaya ekonomi pasti kita tidak diperkotek oleh kuasa besar seperti yang berlaku pada hari ini.
Inilah yang saya sarankan pada teman saya. Ia nampak berfikir-fikir. Kita benar-benar hendak menyahut seruan ayat alQuran supaya kita termasuk dalam golongan ULULALBAB. Ini kita jadikan misi dan visi kehidupan kita.

Akhir kata saya mengatakan agar teman saya ini solat Istikharah. Hanya Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui. Hujah di atas tadi hanya satu pendapat, bukan satu fatwa. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah pada teman saya ini, langkah dan strategi mana yang terbaik. Saya berdoa yang terbaik baginya demi Islam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails