Tidak ada yang luar biasa dengan usaha ini, cuma hari ini terserlah kerjasama antara beberapa orang ahli qariah masjid yang menggelar kumpulannya "Geng Roti Canai" untuk mengembalikan semangat ukhuwah seperti yang terbina oleh Rasulullah saw. Hampir setiap pagi kumpulan ini pergi makan pagi di merata restoran atau gerai yang diminati untuk makan dan sembang kedai kopi. Sesekali saya turut sama, dan agak seronok juga berbual kosong. Teringat saya bahawa tidak ada zon operasi khas dalam berdakwah. Itu kata-kata hikmah Dr. Robiah, seorang aktivis sosial yang aktif dalam NGO. Oleh itu saya rasa Geng Roti Canai boleh juga menggunakan kedai Masjid untuk Zon berdakwah dengan erti kata yang seluas-luasnya."Sambil menyelam, minum air". Di sini Geng Roti Canailah yang boleh memikirkannya.
Saya tabik pada pengusaha kedai masjid itu sekarang kerana menyahut cabaran Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ada yang bertanya : "mampuukah ia bersaing dengan Supermarket yang gagah perkasa dalam pengurusannya. Itu terpulang kepada kreativiti pengurus kedai tersebut, kata pendapat yang lain.
Saya berpendapat pentadbiran Masjid boleh membantu dengan memastikan supaya sentiasa ada program dan aktiviti yang dapat menarik kehadiran ramai peserta setiap hari, terutamanya di hujung minggu dan hari Jumaat. Kalau ramai perserta program yang datang, maka kebarangkalian ramai yang membeli akan meningkat. Kedai Masjid ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Amat sesuai untuk orang-orang datang membeli. Pengusaha kedai masjid boleh juga mencadangkan bentuk program yang boleh menjadi popular pada ahli qariah dan juga penduduk yang berhampiran denganya.Dengan cara ini kedai masjid itu juga akan menjadi popular.
Dengarnya akan diadakan juga "delivery system". Itu pun satu cara untuk meningkatkan penjualan. Semoga banyak lagi cara yang boleh difikirkan bersama demi ekonomi orang Islam. Kalau orang Islam punya fikrah perjuangan, pasti Kedai Masjid ini tidak akan gagal operasi nya. InsyaAllah.
Ayuh, bersatu kita teguh. Siapa lagi yang akan membantu orang Islam kalau bukan orang Islam sendiri. Semoga Allah memudahkan.
GAMBAR SEKITAR PELANCARAN KEDAI MASJID.
2 comments:
salam sobah. You have been posting good articles lately. tahniah. tentang anak dan integrity. i am posting a comment under your kedai masjid sebab i just came back from a seminar on "health spa or home spa" yang Malaysia baru buka cawangan 2 November. Looking at increasing no of elderly ladies who are unable to do proper praying sebab sakit lutut dan athritis patut ada khidmat health spa di masjid dan surau. how about mula at your mosque?
TQ FOR THE SUGGESTION. WILL TRY TO SELL THE IDEA. SALAM
Post a Comment