"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, November 9, 2009
IBADAH HAJI - DESTINASI TERAKHIR
Musim Haji is here. Tahun ini ada dua tiga sahabat handai dan saudara mara yang beruntung kerana menjadi calon tetamu Allah.Malam tadi ada kenduri doa selamat di rumah anak saudara yang akan pergi Haji untuk pertama kali. Mereka berumur pertengahan 30an.. Hari ini pula saya baru kembali dari makan tengah hari bersama kawan-kawan rapat untuk mengucapkan selamat berangkat kepada teman akrab yang baru mendapat tahu boleh menunaikan haji tahun ini.Ini kali kedua mereka pergi.Tidak kepalang kegembiraan dan kesyukuran kerana terpilih dapat pergi tahun ini.Dalam usia yang keemasaan ini menunaikan fardhu haji adalah seolah-olah memperbaharui tekad dan azam.Tentu sekali kerana Allah.
Kata Usatz ibadah haji adalah seolah-olah perjalanan terakhir menuju destinasi pertemuan dengan Allah swt. Sebab itu Haji adalah rukun Islam yang ke5, diwajibkan setelah benar-benar mampu dan tanggong jawab yang amat penting sudah selesai atau boleh ditangguhkan tanpa menjejas apa-apa dan sesiapa.
Persediaan ke Mekah adalah seperti persediaan untuk pergi bertemu Allah, dan tidak akan kembali lagi. Kita sudah bereskan segala hutang piutang atau kalau belum, ada waris yang akan menyelesaikannya. Kita telah bertaubat nasuha dan telah mengambil langkah berjaga-jaga tidak lagi membuat kerja-kerja mungkar. Kita telah cuba memahami sepenuhnya dan sudah bertekad melaksanakan sepenuhnya Islam sebagai Addeen. Perjalanan ke Mekah melambangkan ketulusan hati dan jiwa raga, ia melambangkan pemergian seorang hamba yang benar-benar faham siapa Penciptanya, dan faham akan tugas hamba di muka bumi ini.
Untuk mendapat komitmen ini sesaorang itu seharusnya sudah berpegang teguh untuk membuat ibadah yang wajib, yang sunat dan meninggalkan yang makruh. Dunia sudah tidak lagi dilihat sebagai tempat bersantai tanpa tujuan. Dunia adalah tempat melabur dan tempat berjuang untuk akhirat. Hati dan minda sudah tidak lagi berkira dengan Allah, seperti ingin tahu kalau buat amalan ini apakah ganjarannya di sisi Allah.Kita ingin mencapai satu tahap keikhlasan di mana malaikat pun tidak tahu. Yang tahu hanya Allah semata-mata.
Tujuan kita hanya kerana Allah. Kita ingin mencapai tahap hamba yang Allah sebut dalam alQuran, surahAl Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud :
" 27) Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bauan baiknya.28) Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau redha dan (Allah) meredhai, 29) Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia, 30) dan masuklah ke dalam Syurga Ku."
Inilah matlamat unggul kita semua, iaitu DESTINASI TERAKHIR kita.Kita mendapat gelaran HAMBA dan kita dipersilakan kedalam SyrgaNya tanpa hisab. Alangkah bahagianya!
Ibadah Haji melatih kita supaya mencapai "selflessness" di sisi Allah. Tidak ada ego yang mencemar keikhlasan. Jika kita ditakdirkan kembali semula ke kampung halaman, proses latihan ini akan berterusan. Kita akan terus memperkasakan diri, minda dan hati ketahap keimanan dan ketaqwaan yang menjadi paksi dan pemangkin untuk memperjuangkan kebenaran di muka bumi ini dan memakmurkan bumi ini seperti yang dituntut dalam alQuran.
Semoga yang pergi Allah swt mengurniakan mereka Haji mabrur dan kita yang tinggal Allah beri ganjaran sepertinya.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment