"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 16, 2009

ZAKARIA SUNGIB @ PASTI JAWA



Nama "Sungib " pasti Jawa. Saya seronok mengingat asal usul Jawa di Malaysia. Sebab saya pun asal usulnya Jawa. Jawa tulin, keturunan Jawa kontrak. Itu cerita dari Allahyarham bapak saya. Masih boleh berbahasa Jawa.Saya bersyukur, alhamdulilah, walaupun anak-anak tiada yang mewarisinya.

Pasti ramai yang kenal Zakaria Sungib, terutamanya penulis-penulis tanah air. Bercerita pasal penulis, saya teringat buku. Bila teringat buku saya teringat kitab Jawa saya. Saya masih ada beberapa kitab agama mengenai Islam dalam bahasa Jawa. Saya suka menghadiahkan kepada sesiapa yang berminat. Saya boleh dihubungi di: sobah125@yahoo.com.my

Oh ya! Saya bukan mempermainkan Zakaria Sungib. Beliau sebenarnya anak buah saya. Ibunya sepupu saya. Kami adikberadik perempuan sangat akrab dengan ibunya. Semasa saya sudah remaja, Zakaria masih kecil lagi. Tetapi dia tetap cuba menghubungi sanak saudara hingga sekarang ini. Bukan mudah bagi bijak pandai yang suka mencari saudara yang tua-tua. Saya rasa bahagia Zakaria sentiasa menghubungi saya untuk berita terkini mengenai saudara mara.Sebab itulah hari ini saya rasa seronok menemui blognya secara kebetulan. Blog seorang penulis yang bermurah hati berkongsi pengalaman dan ilmunya. Alhamdulilah.


Saya percaya dia bahagia. Hanya orang yang bahagia suka berkongsi harta, waimma berupa buku semata-mata. Dan saya juga percaya dia seorang yang berjaya. Setelah membaca beberapa penulisan dalam blognya, saya percaya dia telah mencapai sebahagian besar cita-citanya. Pada hemah saya dia berpegang pada prinsip : "Kejayaan hanya dikira sebagai kejayaan jika kejayaan itu dapat dikongsikan". Kalau sesaorang merasakan dirinya berjaya tetapi tidak minat berkongsi hasil kejayaannya, maka dia bukan seorang yang berjaya. Saya cuba berpegang teguh pada prinsip ini. Semoga Allah memantapkan hati saya, kerana yang baik itu datangnya dari Allah jua.


Apa jua asal usul kita, itu tidak penting. Asal sahaja kita berpegang teguh pada ajaran junjungan besar Nabi kita Muhammad saw. Penulis atau pembaca, misi hidup kita serupa. Pengabdian pada yang maha Esa, maha Pencipta.

No comments:

Related Posts with Thumbnails