"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 11, 2009

BILA KITA BERKUMPUL



Biasanya suasana akan jadi "riuh rendah" bila kita berkumpul. Tua muda sama sahaja. Masing-masing ada cerita yang hendak dikongsikan. Dulu saya pun masa muda suka sembang-sembang "kosong". Terutamanya jika pergi kerja outstation. Silaturrahim katanya. Learn to do networking kata seorang lagi. Berkongsi pengalaman sambil-sambil melancung, katanya.




Kini dalam umur keemasan ini saya imbau kembali pengalaman "berkumpul" dan bercerita-cerita. Saya rasa ada sedikit yang tidak kena dengan budaya ini. Sebabnya bila berpisah dan balik tempat masing-masing semacam tidak ada yang melekat dihati dan diminda. Kalau ada pun sedikit sangat dibanding dengan masa yang berlalu.


Sekarang ini saya ada menjengok-jengok blog anak-anak muda generasi cyber. Wanita terutamanya. Cerita harian atau cerita mingguan yang ringan -ringan biasanya dikongsikan.Mithalnya masak apa hari ini, beli apa hari ini, makan di mana jumpa siapa dan sebagainya. Saya termenong sebentar dan berfikir. Dalam alQuran Allah bertanya , ke mana engkau hendak pergi ? (lupa nama surah dan ayat - tapi yakin ada). Ada juga dalam alQuran dalam surah Ar Rahman di mana Allah bertanya berkali-kali : Nikmat ku yang mana yang hendak engkau dustakan. Ini soalan-soalan asas yang dulu semasa muda saya kurang tahu dan kurang prihatin untuk ambil tahu. Jadi sekarang ini saya rasa amat rugi kerana banyak masa saya yang lebur begitu sahaja.. Sekarang ini saya rasa amat bersalah kalau berkumpul dan bersantai dan bual-bual "kosong".





Saya selalu mengingatkan anak -anak masa itu Ibadah. Kurangkan tidur, kurangkan makan dan kurangkan sembang. Kalau berkumpul dan becerita-cerita, pastikan ada kesimpulan pada cerita-cerita itu yang membawa kita kepada memuji kebesaran Allah, mahu meneroka hidup ini untuk menegakkan kebenaran Allah dan tidak sejenak pun kita terlepas dari mengingati Allah. Cara relax orang beriman sepatutnya tidak sama seperti orang yang tidak beriman atau kurang iman. Jadi kalau anak-anak muda berjumpa dan berkaraoke pun saya rasa macam amat merugikan. Kalau kita rasa tenang dan seronok semasa dan selepas itu, dia tidak bekekalan. Fikir sejenak cara mana kita boleh mendapatkan ketenangan yang berterusan dan berkekalan ? Pasti ada kalau kita bertekad ikhlas dan komited untuk mencari sumber yang sewajarnya.





Saya jengok-jengok juga komen-komen dalam facebook.Termasuk anak-anak dan anak-saudara saya yang punya. Komen-komen itu memang ringkas dan kadan-kadang lucu. Mungkin ini menjadi sebahagian dari "take a break" "take 5" atau sebagainya untuk hilangkan bengang di kepala dan bengkek dihati. Adakah cara lain untuk menggatikan cara ini, cara yang membawa kepada terbukanya inspirasi baru berpaksikan sikap sentiasa mengingati Allah. Mungkin kita cari alternatif baru yang boleh merangkumi semua keperluan badan, minda dan hati kita. Tiga dalam satu, Empat dalam satu atau sebagainya. Kalau menikut sirrah, Rasulullah akan solat dua rakaat bila ada ada masaalah, immediately. Tak perlu tunggu solat malam. Kalau itu berat bagi kita, kita duduk senyap-senyap dan berzikir seketika. Berseorangan atau dalam kumpulan kecil. Agaknya kita boleh mendapat perbezaan atau tidak dalam mencari ketenangan. Dan kalau mahu mengeratkan ikatan kekeluargaan atau persahabatan, melalui cara kita berjumpa in person atau kita sembang cyber, boleh atau tidak kita isikan juga dengan kata-kata yang membawa kita untuk ingat pada Allah. Kita hendak pastikan supaya apa jua yang kita buat ini ada nilai tambah (value-added) untuk keselesaan jangka pendek dan jangka panjang.





Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita boleh dijemput pergi untuk selama-lamanya bila-bila masa. This is the MOMENT OF TRUTH. Kalau kita sentiasa ingat mati budaya Barat kata itu sikap FATALISTIC. Sangat negatif dan tidak sihat untuk masa depan kita. Saya kata pada anak-anak saya: Jangan ikut pemikiran Barat. Kita ada "tok guru" kita. Bukan semua yang mereka kata itu betul. Kalau orang beriman mengingatkan mati dan bahawa mati itu boleh jadi bila-bila, kita akan berkerja lebih kuat, kita tidak akan buang masa dengan hal-hal remeh dan kita akan memikirkan "how to move forward" sebaik mungkin mengikut peraturan yang Allah telah tetapkan.


Cuba kita sama-sama fikir. Kalau apa yang saya tulis ini betul, ikutlah. Kalau salah carilah yang betul dan laksana. TIME WAITS FOR NO MAN.
Semoga Allah memudahkan usaha kita untuk kembali padaNYA.

No comments:

Related Posts with Thumbnails