"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, March 1, 2010
LARI PECUT
(Hari ini tadi seorang teman mohon bantuan menyediakan satu pelan induk Pendidikan untuk sebuah organisasi yang sedang dirancang. Saya bersetuju sekadarnya kerana tenaga yang ada sudah berkurangan. Saya catat dibawah ini rasa terkilan, masa muda yang tidak cukup dimunafaatkan.)
(gambar dari internet - photobucket.com)
--------------------------------------------------------------------------------------
Rasa mengah kepenatan......
Terpaksa berlari menghambat impian
Untuk hidup damai mengecap kesejahteraan
Membantu yang perlu walaupun sekadar kekuatan tangan.
Tugas ku belum selesai, belum nampak penghujungnya
Umur ku laju menghambat, tenaga ku tinggal sehasta panjangnya
Tapi akan ku lari pecut...
Mohon Allah beri kekuatan yang luar biasa
Meminjamkan juga tenaga fikir yang mula kabur sifatnya.
Semoga tugas yang ku impikan ini akan menjadi nyata.
Bukan besar yang aku idamkan
Cuma mahu jadi ahli jemaah yang mendidik insan
Melahirkan jenerasi yang taqwa dan kuat amalan
Untuk menegakan Kebenaran di muka bumi warisan Junjungan.
Aku mahu menjadi sebahagian dari mereka yang membanting tulang
Berkorban memeras minda dan dan menawarkan segala kekayaan
Agar dapat melahirkan seperti Salahudin Al Ayubi, seorang pahlawan
Yang mengumpul pengikut jitu untuk perjuangan
Yang akan membela kesucian Al Aqsa dan membebaskan
Bumi barakah kurnia Tuhan untuk umat Islam.
Dan akan tertegak di alam sejagat kebahagiaan dan keadilan.
Semoga tenaga yang tinggal sedikit ini Allah izinkan
Untuk lari pecut ke garis penamat penuh keberkatan
Kerana di garis permulaan telah ketinggalan tidak fokus pemikiran
Tidak penuh yakin yang jauh itu dekat, yang berat itu ringan.
Ya Allah, aku pasrah memohon keampunan,
Semoga larian ku ini Kau pelihara dari kegagalan
Ke pangkuan Mu ku persembah mohon kesempurnaan
Taman Syurga Mu ganjaran yang aku idamkan.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam sobah. cantik sajak gurindam. samalah perasaan takut tak cukup masa. i am leaving you yet until lepas visit cina. maybe 18 mac boleh jumpa. take care musafir tanah di teroki Saidina Saad ibni waqqas
Post a Comment