"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 31, 2010

KHUTBAH NIKAH

Saya agak 'tersenyum' dengan isi khutbah nikah yang saya dengari dalam satu majlis akad nikah di masjid Putra, di Putrajaya pada petang Jumaat 29 Januari baru-baru ini. Juru nikah menerangkan tanggung jawab suami dan tanggungjawab isteri. Saya ingin mengimbau kembali kata- kata ustaz bila menyebut tanggung jawab isteri di mana dikatakan supaya isteri menghormati dan meraikan keluarga suami 'termasuk siapa jua yang lain yang disukai olehnya '. Lebih kurang begitu ingatan saya.

Saya agak 'tersenyum' kerana pada fahaman saya ia bermaksud seolah-olah mengingatan kaum isteri bahawa sekiranya suami dimasa akan datang menyukai orang lain 'mungkin sebagai isteri kedua atau ketiga atau keempat', maka isteri yang sekarang ini harus juga menghormati dan meraikannya. Setelah majlis itu bersurai, saya tanyakan dari saudara mara yang lain kalau mereka juga mendengari dan memahami perkara yang sama. Tidak ada yang dengar seperti saya dengar. Mungkin mereka tidak menumpu. Mungkin pengantin pun tidak mengamatinya. Ingin juga saya tanyakan satu masa nanti. Zaman saya dulu pengatin perempuan duduk dibilik dan tidak mendengari khutbah nikah.

Sebenarnya tidak salah juru nikah membaca khutbahnya demikian rupa kerana itu bukan suatu perkara yang dilarang dalam Islam. Cuma saya ingin tahu maksud yang tersirat sebenarnya.
Demikian adanya.Hanya sebuah selingan...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails