"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 3, 2014

2nd April...World "AWETISM" Awareness day.

Saya hampir lupa....
KELMARIN 2hb APRIL ialah HARI AUTISMA SEDUNIA.
Saya rakam di sini semoga semua insan ambil peduli keistimewaan anak-anak ini.
Mereka akan membesar dan akan dewasa.....dan insyaAllah akan tua.
Bagaimana kita menghargainya dan membantunya.



Seorang cucu saya Allah kurnia keistimewaan dan dia otistic dan kini berumur 7 tahun. Dalam beberapa hal dia lambat tetapi dalam beberapa hal dia cepat. Seperti kura-kura ini....ibaratnya....
Siapa kata ia tidak boleh menandingi kepintaran seekor arnab dan kecerdasaannya. Dengan akal istimewa yang Allah beri, ia memenangi perlumbaan. Ingatkan cerita itu ?....

Allah menurunkan bantuan mengikut kehendakNYA.
Allah menunjukan kasih sayangnya dengan berbagai cara. Anak perempuan saya Allah "pilih" menjadi ibu "istimewa" pada anak istimewa. Ada kalanya ia hilang kesabaran. Maka saya akan ingatkan jangan sia-siakan keistimewaan yang Allah anugerahkan. Hanya orang istimewa Allah beri anak istimewa. 

Itu juga yang saya kongsikan pada teman yang dahulu sesama kerja yang juga punya cucu "awetism" yang kini 9 tahun umurnya. Baru satu perkataan yang dapat diajarkannya, dan ia sungguh gembira. Kesyukurannya melangit apabila bercerita dengan saya.....
Perkataan itu bukan sama dengan kebolihan anak biasa tetapi dia sekarang bolih sebut "da...da...." bila mahu naik kereta sama. Air matanya berlinag gembira, menyesali hari-hari yang ia kurang peka bahawa Allah maha mengaugerah apa yang terbaik di sisiNya.....asal sahaja kita redha atas segala ketentuannya.

Kita selalu ambil ringan kurniaan Allah pada kita. Kita tidak nampak kekuasaanya itu teramat istimewa untuk kita hayati setiap masa dan ketika.




Ini Akif Humaidi nama penuhnya. Punya sinergy tenaga luar biasa. Selagi belum rasa penat ia akan berterusan belari-lari walau di mana. Ia akan melompat, seperti ahli akrobat dunia....Jangan siapa dekat padanya. Nanti sakit jika terkena perlakuannya.

Saya selalu jadi "mangsa" bila dengannya kerana ia suka menerjah untuk duduk sama. Ia tenang bila kita belai dan puji sedikit kebolehannya.

MasyaAllah. Tidak saya sangka saya ada "kekuatan" melayannya, ada sedikit kebolihan "berlawan cakap" untuk menenangkannya. Ia cuma mahu perhatian buat seketika atau apabila ia mahu kita menghargai pembentukan maianan LEGO yang diusahakannya  atau apa jua yang ia baru discover atau baru terjumpa pertama kalinya.

Ia lambat mengenal huruf dan agak kebelakangan dalam kepintaran membaca. Oleh kerana kami faham keistimewaannya maka itu tidak menjadikan kami stress mahu menjadikian ia setara. Ia setara seperti yang Allah rancang baginya. Tidak mengapa. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Cuma kita tidak mahu melihat atau tidak dapat melihat rahsiaNya. Kekurangnya Allah ganti dengan kelebihan yang kita belum faham melihatnya dan belum terlintas apa sebenarnya yang Allah mahu kita lihat pada penciptaanNya yang maha luarbiasa.

Saya kata pada ibunya..Jangan sekali-kali kita putus asa.Kita usaha dan doa sentiasa. Kemudian kita tawakal padaNya  Pasti ada hikmah yang dihujung hidup ini nanti Allah tunjuki kesemuanya. Hari demi hari, sedikit demi sedikit kita sendiri dapat merasai kekerdilan diri dan pada Allah sahaja tumpuan kita beri. Allah mahu kita merasai erti pengabdian yang luhur dan sejati.

Semoga kita redha dan Allah Merdhai...
Semoga Akif dan rakan-rakan seperjuangannya Allah kurnia yang terbaik di sisiNYA  dan itu amat mudah bagiNYA.

Aameen ya Rabb....

.....

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Sememangnya anak yang autistik perlukan perhatian dan belaian, Alhamdulillah Sis ada pengalaman yang dapat dikongsikan.

Artikal ini dan lain-lain yang berkaitan yang saya ikuti di blog ini sebenarnya banyak memberi manfaat pada orang ramai yang mungkin ada anak/cucu/ahli keluarga yang autistik. Ia dapat memberi panduan dan pemahaman dan sekurang-kurangnya tidak terasa keseorangan menghadapinya.

Rasa saya sangat kurang pusat-pusat pendidikan khas untuk kanak-kanak autistik yang ada di negara kita and I might be wrong.

Al-Manar said...

Saya puji kekuatan yang ada dalam keluarga dianugerahkan anak yang begini. Saya tak ada pengalaman tapi percaya Tuhan tidak memberi dan membuat sesuatu tanpa hikmat. Jadi kesabaran dan kecekalan sahajalah yang ada pada kita maklokNya. Kita setakat ini kita tidak memahami hikmatnya. Saya sama berdoa semoga dipermudahkan cubaan ini.

ngasobahseliman said...

Memang sangat kurang Sis. Golong ini dan golongan lain seperti ini memang selalu terpinggir. Kita sendiri kena usaha. Occupational therapy yang diaturkan hospital kerajaan amat tidak mencukupi. Tak silap 2 bulan baru sekali. Kalau atas sebab-sebab yang tak boleh elak dan tak dapat pergi, memang kena tunggu lagi lama. Begitulah. Pusat swasta pun tidak banyak. Teman saya ini hantar cucu kena bayar rm2k sebulan. Tidak ramai yang mampu. Dia ada sumbangan luar maka kuranglah bebanan.
Tak ape lah. Kami mengharap dengan kesabaran, Allah sentiasa bersama dan semoga kami dapat menghayati pertolongannya yang tidak terhingga.

My dear sis, semoga sihat-sihat. Take care.

ngasobahseliman said...

Terima kasih doa untuk kami. Doa sahabat handai seperti memeberi keyakinan dan kekuatan untuk terus menyatuni anak-anak ini. Anak perempuan saya ini ada 2 orang anak istimewa seperti saya cerita dulu. Semoga ia suami isteri sentiasa bersabar. Kami yakin Allah maha mengetahui dan menganugerah yang terbaik bagi hambanya. Cuma kekadang kita tewas dengan hasutan syaitan dan berfikiran yang bukan-bukan.Semoga kami terus bersabar dan mengasuh anak-anak ini sebaik mungkin bukan untuk setanding dengan anak lain tetapi berbuat sesuatu yang terbaik mengikut kemampuan yang ada. Allah kurnia banyak kemampuan asalkan sahaja kita bergantung penuh padanya bahawa tiada sesuatu dalam kurnianya itu negatif bagi hambanya. Kami memohon keampunan Mu ya Rabb.

Related Posts with Thumbnails