Tadika SmarTop bercita-cita murni, melangit tinggi.
Itu kata seorang teman bila saya bercerita-cerita dengannya mengenai cabaran-cabaran mengendali sebuah Taska dan Tadika. Kecil sahaja projek ini, amat kecil, tetapi rumit juga cabaran yang kami hadapi.
Tetapi apa salahnya bercita-cita tinggi...
Melayan fikiran dan melayan rasa hati....akhirnya saya mengakui...mencabar tapi seronok.
Paling seronok bila ada kekawan dan anak buah beri sumbangan dalam ketika-ketika amat genting. Alhamdulilah.
Bercerita mengenai masaalah bukan satu rugutan, cuma ingin berkongsi menguji daya ketahanan diri sendiri.
Minggu lepas saya ke Tangkak lagi. Kali ini saya turun padang bersama guru-guru melatih acara sukan yang akan dilaksana minggu akhir April ini. Saya katakan pada guru-guru untuk serious mengendali aktiviti ko- kurikula ini sebab ia berkaitan terus dengan membina minda dan fisikal. Bila badan sihat dan kuat, sifat berani akan mula menyerlah. Anak-anak akan mudah menampilkan diri dengan rasa yakin akan potensi yang ada pada dirinya. Anak-anak tidak faham ini semua. Yang mereka tahu bila mindanya terbuka dan hatinya riang ia mudah memahami tunjuk ajar guru dan dewasa umumnya dan anak-anak yang berpotensi cemerlang tidak teragak-agak menunjuk bakat dan kebolehan.
Sukan juga membina bakat kepimpinan. Ia satu proses yang memakan masa, dan harus dipupuk awal. Melentur buluh dari rebungnya.
Ciri kepimpinan bermula dengan menguasai ilmu dan ilmu dijana dalam wadah iman dan taqwa. SmarTop bercita-cita melahirkan bakat-bakat kepimpinan berwibawa dari kecil lagi. Mana tahu kepimpinan ummah sejagat satu masa nanti lahinya di SmarTop Tangkak, Johor, Malaysia.
Semoga Allah menyampaikan....
Malaysia kini sedang diuji, antara lain, dengan kebolehan mengurus satu krisis yang luar biasa dengan terjadinya tragedi kehilangan pesawat MH370. Dari peristiwa yang bersejarah ini nyata sungguh betapa ketinggalan Malaysia di bidang sains dan teknologi. Bukan sahaja Malaysia tetapi dunia Islam seluruhnya. Saya rasa insaf dan sedih. Saya hanya mampu berkata-kata dihati kecil saya dan merasa amat khuatir saya sendiri tidak dapat berlepas diri dalam hal ini bila berhadapan dengan RabbuJalil nanti di Hari yang tiada siapa dapat menolong.
Al Quran telah pun menjanjikan bahawa orang yang beriman akan terdiri sebagai Khalifah di Bumi ini. Khalifah dengan maksud yang amat luas. Lihat Surah An Nur ayat 55 seperti di bawah ini:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Ini wawasan kami yang hakiki. Ikar semua insan semasa di alam Ruh sudah pun nyata bahawa ia akan mengabdikan diri pada Allah, pengabdian bukan dari sudut ibadah ritual sahaja tetapi lebih penting ialah penerokaan dan pengamalan ILMU yang berkisar dibawah paradigma TAUHID. Contoh yang tidak dapat sangkal ialah pada diri Rasulullah salallahualaihiwasalam. Kemudian kita mencontohi pula watak kepimpinan para sahabat dan tabiin.
Hari ini dunia Islam ketandusan pemimpin !.....
Yang nampak berpotensi tinggi dan berwibawa tidak mendapat sokongan padu dari semua negara Islam. Yang mahu menyokong rasa takut-takut dan khuatir ia dikenakan sekatan ekonomi dari negara yang serba serbi berkuasa besar. Maka mereka tunduk dan beredar dan buat-buat tidak tahu ada orang yang memerlukan pertolongan.
Maka negara Islam dikotak-katikan. Bukan orang Islam tidak pintar dari segi akal dan minda. Tetapi belum lagi ada tokoh yang jelas seperti Al Fateh yang menawan Constantinople dan Sallahuddin Al Ayubi yang membebaskan Palestin suatu masa dahulu. Selain itu belum lahir lagi tokoh seperti Khalifah Omar Abdul Aziz di zaman ini. Sudah lahir pemimpin seperti Morsi di Mesir. Malangnya rayat Islam sejagat belum lagi dapat bertindak sewajarnya untuk mengangkatnya sebagai pemimpin ummah yang ditunggu-tunggu.
Sedih.......
Maka doa kami dan doa ibu bapa untuk anak-anak kecil ini ialah semoga akan lahir kepimpinan yang berilmu dan bertaqwa yang menguasi dunia seperti yang Allah telah lakarkan seperti di atas tadi. Kalau kini kuasa besar dunia bolih memajukan sains dan teknologi yang canggih-canggih dan diantaranya yang boleh kalis radar, Islam Allah kurnia Iman dan taqwa dan Pemimpin yang berwibawa dan amat tinggi maqam Iman dan Taqwanya, ia boleh bertidak "seperti kalis radar" kerana Allah bukakan hijab Hatinya untuk berhubung tanpa melalui saluran Teknologi.
Ini sudah terbukti dalam sejarah apabila Kalifah Umar AlKhatab dapat memberi arahan pada Panglima tenteranya memberi amaran adanya musuh dengan seruan lisan biasa yang dengan Izin Allah, malaikat seperti kilat mendengarkannya pada paglima perangnya untuk tindakan serta merta menukar taktik dan strategy perang.
Malangnya kita belum ada Pemimpin yang seperti itu sekarang. Ada yang hampir-hampir seperti itu, saya yakin, tetapi belum diangkat untuk menaikan semangat umat Islam.
Semoga ada langkah ke arah itu oleh pejuang-pejuang Islam kini. Saya percaya ada cuma belum terserlah.
Tidak mustahil umat Islam boleh!
Mohon Pertolongan Mu ya Rabb...
foto ehsan google
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3) | Maka kami di SmarTop berusaha, berdoa dan bertawakal.
Semoga usaha yang kerdil ini Allah terima dan Allah redha.
Semoga Islam kembali menguasai dunia dan di akhirat Allah anugerah kesejahteraan yang abadi dan di Syurga Firdaus kami menghuni bersama semua yang kami sayangi dengan rahmatNya yang tidak terhingga.
Aameen ya Rabb.
....
3 comments:
SALAM SOBAH
SEJIWA KITA BERCERITA TENTANG GENERATING LITTLE CALIPHS FOR FUTURE LEADERS. DAH SIAP BLOG BARU SAYA BACA YR BLOG. AMEEN. MABRUK
Alhamdulilaah.
Oleh kerana kita mengenali satu sama lain maka bolehlah dikatakan kita ini ibrat pepatah Inggeris: "Birds of a feather flock together; Or Fools seldom differ".(senyum)
Dear Datin: Or is it Great Minds Think Alike........
Post a Comment