"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 28, 2014

Suara aku yang berkejaran....


Saya ingin menyambung cerita anak-anak otisma. Dengan  perkongsian cerita ini saya inginkan ada hati-hati nurani insan di luar sana yang akan sama-sama berempathy dengan keluarga anak-anak istimewa.

Katanya hanya Ibu-Bapa istimewa Allah kurnia anak-anak istimewa. Semoga tidak rasa terpinggir dan dipinggirkan. Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang akan hamba-hamba nya. Pasti ada hikamah yang penuh rahsia yang kita harus halusi kerana tidak ada ciptaan Allah yang maha Pencipta itu suatu yang sia-sia.

Semasa seminar tempuh hari saya berkenalan dengan beberapa ibu yang punya anak yang di sahkan punya ASD (Autism Spectrum Disorder). Ada yang otisma ringan dan ada yang agak berat. Apa pun saya dapat merasai mereka memerlukan sokongan dan perhatian sewajarnya.

Saya terkesan dan rasa amat terharu betapa riangnya, saya perhatikan, ibu-ibu yang punya anak otisma ini bila bertemu satu sama lain. Kedengaran mereka menceritakan  perihal karenah anak masing-masing. Diselitan cerita yang memukau hati saya, mereka masih boleh tertawa. Saya rasa itu gambaran betapa mereka sudah dapat menerima hakikat kelaianan laluan hidup mereka. Semoga mereka redha dan Allah meredhai.

 Dibawah ini saya rakam foto anak saya dan teman akrabnya yang juga punya anak otisma.



(They find comfort in each other).
Anak saya bercerita dengan kekawannya Akif, cucu saya yang otisma, suka lari jauh tanpa sebab yang difahami. Ibunya selalunya akan berkejaran mencari ke mana ia akan pergi. Teman anak saya yang ini pula berkata: 

"Aku tak larat kejar. Suara aku yang kuat mengejarnya. Aku panggil kuat-kuat. Kekadang kesampaian...kekadang tenguk sahaja dari jauh. Harap-harap ia patah balik". Anak-anak  AHD (Autism Spectrum Disorder) dan yang ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder) ada yang punya energy luar biasa. Mereka tidak rasa selesa jika tidak menggunakan atau membuang energy yang berlebihan ini. Subhanallah. Apakah agaknya Rahsia penciptaan Allah dalam hal ini. Di Malaysia belum banyak penyelidikan yang dilakukan. 

Teringatkan tindakan saya apabila berada di rumah anak saya dan cuba mengawal cucu-cucu yang istimewa itu. Suara saya juga lantang memanggil mereka jika mereka lari jauh hingga tidak kelihatan pandangan mata. Kekadang termalu juga saya kerana pastinya kedengaran ditelinga jiran-jiran dan pastinya kehairanan mengapa saya juga berkejaran dengan suara yang kuat. Anak saya sudah agak terbiasa dan hanya melihat sahaja, wajahnya agak kerisauan. Tetapi dia boleh senyum melihat saya.

"Relaks lah Mak..." katanya santai.
Allah maha bijaksana mengatur keselesaan hamba-hambanya.

Begitulah peristiwa harian yang berlainan. Ibu-ibu anak istimewa perlu kreatif mengendali anak-anak yang punya kelainan cara membawa diri. Saya belajar sedikit dari buku atau rencana yang mudah-mudah semoga dapat  menolong anak saya pada masa-masa kecemasan yang mana mereka tidak dapat mengurus kerana terpakasa berpergian jauh. Saya dapati sokongan moral seperti ini dapat memberi semanagt ibu-ibu muda yang sentiasa kesibukan.

Semasa di seminar, beberapa teman anak saya ini nampak seperti seronok dapat bertemu dengan saya. Saya terpinga-pinga.....

Kata anak saya mereka teruja kerana seorang nenek sanggup "berseminar" untuk bantu cucu istimewa. Sememangnya saya tidak nampak orang tua seperti saya yang hadir bersama. Tidak mengapa. Masaalah seseorang itu tidak serupa. Tetapi saya rasa bertuah, alhamdulilah, dapat menghadirinya. Banyak Ilmu yang dapat saya kumpul dan semoga dapat saya praktikan dalam membantu mengurus anak-anak istimewa ini, bukan sahaja yang dalam kategori ASD tetapi juga yang lainnya kerana ada eleman timbal tidih dalam menangani isu mereka.


Ini gambar poster yang saya suka kongsikan. Mereka positif dalam menghadapi kelaianan kebolehan diri. 

Di seminar itu juga ada maklumat berkenaan bagaimana mahu mengajarkan alQuran pada anak-anak istimewa ini. Saya tiada kesempatan bertanya lanjut. Saya difahamkan Yayasan ini punya tenaga pengajar yang terlatih, khusus boleh mengendali anak-anak istimewa. Anak saya ingin menghantar anak-anaknya tetapi ia jauh dari rumah. Tidak silap Ibu Pejabatnya di Petaling Jaya. Boleh cari di websitenya.



Saya terharu dengan usaha-usaha mereka ini dan agak menginsafi kebolehan diri kerana tiada keupayaan untuk bersama. Semoga Allah mengampuni.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails