"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 10, 2014

Salah sangkaan...






Saya teringat secebis peristiwa selepas bersara dalam saya duduk santai memegang dan membelai cucu yang baru lahir sementara ibunya bersiap mandi. Peristiwa itu membuat saya tersedih hati. Mahu rasanya kembali muda dan bermula awal untuk meperbaiki diri semoga tidak mudah tehiris hati.

Kadang kala saya tidak terkecuali dari sifat  manusia biasa yang  suka 'syok sendiri'. Kadang kala  apabila kita terserimpat batu kecil dijalanan barulah kita menyedari bahawa tidak semua jenis jalan dalam laluan kita itu cantik dan licin dan mudah kita berlari. 

Entah mengapa tiba-tiba hari itu saya teringat akan peristiwa yang sejak itu saya amat hati-hati menilai hati budi seseorang dan diri sendiri.

Hari itu terkedu setika apabila saya menerima SMS dari seorang teman bahawa hasrat saya untuk menyertai satu majlis makan tengah hari untuk tujuan silaturrahim sebuah persatuan professional dalam bidang pendidikan tidak boleh di terima kerana saya bukan seorang pendidik professional, walaupun saya berkhidmat bersama-sama golongan ini selama 20 tahun dari 30 tahun lamanya saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Saya silap menilai diri. Ingatkan saya dapat diterima sebagai sebahagian dari golongan professional pendidikan walaupun di atas sekeping kertas saya tidak ada pengiktirafan itu. Cuma saya yang 'syok sendiri'. Ingatkan saya sudah dapat melepasi kekangan yang membuat kumpulan manusia kadang kala iri hati. Jangkaan saya meleset.....amat meleset sekali.

Terpegun kecewa buat seketika.....kosong difikiran tidak pasti apa langkah seterusnya.

Tetapi, Alhamdulilah,......kecewa hanya seketika.  Cepat-cepat saya menyedari supaya jangan terperangkap dalam sikap "heran diri". Gelak ketawa, santai bersama belum bererti kita setara dalam semua segi....belum bererti ketelusan hati dalam mengendali masaalah yang dihadapi dapat meyakinkan dan menundukan "ego" professionalisma di minda dan dihati.

Tidaklah saya menyangka "professional jealousy" ini boleh melempah ke alam selepas persaraan. Tetapi saya katakan juga pada diri saya supaya jangan cepat buruk sangka. Mungkin mereka hanya mahu bercerita-cerita dalam kumpulan ahli-ahli yang serupa. Dengan itu mereka rasa lebih selesa. Itu sahaja. Dan saya pun juga teringatkan sebuah hadis yang mengatakan "Kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah semata-mata." Lebih kurang begitu bunyinya kalau tidak silap saya kerana saya kurang arif nas sebenarnya.

Maka tidak mengapalah kalau begitu pilihan seseorang, asalkan sahaja kita dapat melihat konsep silaturrahim itu dengan minda yang lebih luas, ia itu silaturrahim tanpa sempadan. Kita berfikaran terbuka dan berlapang dada dalam mempererat silaturrahim. Apa jua kumpulan yang kita bentuk seharusnya cuma menjadi sebagai asas permulaan memulakan apa jua tindakan yang sewajarnya. Tujuan mempererat silaturrahim bukan merupakan tujuan hakiki. Ia adalah tujuan yang dengannya kita dapat berbuat sesuatu dengan kekuatan silaturrahim itu. (Silaturrahim is a means to an end, and not an end in itself).

Justeru itu saya katakan pada diri agar berbuat sesuatu tanpa prasangka. Semoga Allah kurnia pada kita kekuatan silaturrahim yang merentas perbezaan warna kulit, budaya, status ekonomi dan sosial, taraf pendidikan dan apa jua sepertinya. Kalau tujuan Silaturrahim adalah suatu jalan untuk menegakkan kebesaran Allah dan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, maka tidak timbul kita membuat batasan yang  boleh memperkecil usaha kita.

Semoga Allah melimpahkan kebijaksanaanNya dan kita seronok  menyumbang tenaga kepada siapa jua. Semoga Allah meredhai segala usaha dan di Taman-taman Syurga kita berjumpa.
Aamiin ya Rabb.....

.....

4 comments:

Makbonda61 said...

Salam silaturrahmi dari saya

ngasobahseliman said...

Salam Hasimah. Semoga sihat2. Kenduri bulan 5 ye? InsyaAllah hadir. Nanti saya talipon cari jalan.TQ

Makbonda61 said...

Eh kenduri sudah lepas puan,23 April,bulan 5 sebelah lelaki,diPagoh 1 Mei.Kalu sudi yuk pergi sekali.

ngasobahseliman said...

Alahai....Tenguk tu bila dan umur begini, banyak juga yang lupa. Minta maaf banyak-banyak. Tapi eh..eh 23 april kan belum sampai. Hari kan 13 april? Saya dah keliru. Tak apelah. Dah lepas peluang saya. Tapi nanti senang sikit saya cari juga Hasimah, insyaAllah. Buat masa ini tak dapat nak ikut ke Paguh. TK atas ingatan. Semoga satu hari nanti kita dipertemukan.

Related Posts with Thumbnails