Pagi jam 7, hari Selasa 22 April yang lalu anak saya sudah sibuk menyusun anak-anak ke sekolah kerana hari itu saya bersetuju ikut bersamanya menghadiri Seminar Antarabangsa di Putrajaya International Convention Centre mengenai Otisma. Sejak bersara, ini pertama kali saya teruja menghadiri Seminr bukan kerana seminar itu sendiri tetapi tentang Autism atau Otisma.
Ia dikendali di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia dihadiri oleh seribu lebih peserta tempatan dan antarabangasa. Wanita Utama beberapa negara ikut serta memberi pandangan masing-masing mengenai masaalah menangani gejala Otisma dan usaha yang sedang dijalankan untuk mengatasinya.
Urusetia kepada Seminar ini ialah Jabatan Perdana Menteri dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan beberapa organisasi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya kurang arif tentang struktur pengendalian dan saya hadir sebagai peserta biasa atas jemputan peribadi anak saya. Saya perhatikan semua yang hadir pada hari itu ada kaitan terus dengan Otisma sama ada sebagai Ibu-bapa, penyelidik, pemberi perkhidmatan sukarela atau kumpulan NGO yang peka tentang Otisma ini. Saya terharu sepanjang mengikuti seminar itu kerana baru menyedari bahawa saya bukan keseorangan membantu anak-anak otisma. Malah saya amat ketinggalan.....jauh ketinggalan. Saya hanya bergiat aktif setelah dua orang cucu saya dari anak perempuan saya disahkan termasuk dalam golongan ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder) dan ASD, (Autism Spectrum Disorder).
Di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Permata Negara adalah bertanggongjawab sepenuhnya mengenai pengendalian Seminar dan kerja-kerja susulan kemudian nanti. Syabas saya ucapkan kerana saya dapati pengendalian amat baik dan rasa selesa mengikuti sidang Pleno dan Bengkel yang diadakan.
Gerai-gerai untuk maklumat tambahan pun diadakan dan peserta serta delegasi antara bangsa sibuk bertanyakan sesuatu. Saya membeli Button sebagai ingatan dan ole-ole untuk teman saya yang juga punya cucu yang Otistik. Alangkah baiknya kalau ia ada bersama kerana saya tidak bertemu kekawan. Mana mungkin ada kekawan. Majoriti pesrta berumaur 50 tahun ke bawah. Saya peserta pemerhati yang agak 'senior'. Tetapi saya rasa seronok dapat memahami isu-isu Otisma kerana saya boleh bawa ilmu ini bila berhadapan dengan anak-anak Tadika SmarTop saya di Tangkak. Saya boleh cuba memerhati dan mungkin dapat menasihati ibu-bapa yang punya anak-anak yang kelihatan berlainan dalam keterampilan berkomunikasi dan dalam memahami pembelajaran yang diikuti. Namun saya harus berhati-hati dalam hal ini kerana di Malaysia ramai yang belum dapat menerima anak atau cucu mereka punya unsur ADHD atau dan ASD.
Saya turunkan foto peserta yang majoritinya adalah wanita. Saya berkata di hati: Di manakah kaum bapa. Mereka sibuk yang sebenar atau mereka kurang ingin amabil tahu mengenai hal-hal kebajikan anak-anak istimewa dalam golongan ini. Entahlah......
Lihatlah maklumat di atas ini untuk ambil tahu selanjutnya.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.
....
No comments:
Post a Comment