"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, April 5, 2014
Belaian Manja.......
Belaian manja tidak mengira usia.
Ibu tua seperti emak saya tidak mengira anak atau menantu, asalkan mereka sering di kelilingnya, bertanya khabar dan bercerita-cerita.
Itulah yang disukainya, itulah yang sering disebut-sebut mahu ketemu dengannya. Walau jauh menaiki bas ia pasti tiba. Tertambat hati orang tua.
Gambar di atas ialah Allahyarham abang ipar saya, Nong nama manja keluarga. Dia pandai mengambil hati Emak saya, dari muda hingga ke tua. Dia juga favorite saya kerana ia pandai bergurau senda, bercerita peristiwa-peristiwa masa belia, dan suka berlawak jenaka. Tidak sunyi suasana rumah bila bersamanya. Ada sahaja cerita yang dikongsikannya. Ada sahaja makanan ringan yang dibeli untuk selingan perbualannya.
Namun Allah tentukan ia dijemput awal dalam umur nya 52 tahun sahaja. Mungkin disebabkan kanser tetapi doktor belum sempat mengesahkannya. Semasa ia meninggal belum semua anaknya bekerja. Baru sempat menimang 2 orang cucu yang kecil-kecil dan belum mengerti Atuknya itu penyang orangnya. Begitulah roda kehidupan setiap manusia. Tiada yang dapat diduga.
Ini kakak saya isteri abang Nong dengan anak sulung mereka, kesemuanya 4 orang dan lelaki belaka. Perangai bermanja tidak kira di mana dan bagaimana. Seronok juga saya melihatnya. Karenah begini selalu bertahta dan ini terahir saya rakam untuknya.
Anak-anak kakak saya manja tak kira. Agaknya ikut perangai ayahnya. Walau ada isteri bila balik kampung pasti minta emaknya buat kopi atau milo atau apa sahaja. Kadang-kadang saya bising pada mereka kerana tidak beri saya kesempatan berbual dengan emaknya. Mereka hanya tertawa. Katanya sedapnya air tangan emak tidak ada bandingnya. Betul kenyataan itu : Tetapi Isteri tak perlu curiga kerana mereka juga ada anak yang punya cara tersendiri menagih manja. Lihatlah....munkin begitu jua.....
Kakak saya mengasuh dan melatih anak-anak lelakinya pandai kerja rumahtangga. Pasti begitu katanya kerana tiada anak perempuan yang boleh membantunya. Maka senanglah isteri-isteri mereka saya kira, sebab suami ada "kemahiran" kerja menjaga rumah dan tidak rasa stress jika tiada pembantu di rumahnya.
Itulah coretan meingigat sedikit kenangan hidup bersama abang ipar yang tidak akan saya lupa padanya. Terutamanya bila balik kampung pasti ingat padanya. Semoga Allah mengampunkan doasa-dosanya dan di alam Barzah dia sejahtera. Semoga Emak begitu juga dan semoga Allah kurnia seluruh ahli keluarga Syurga Firdaus dengan Rahmat Allah jua.
Aameen ya Rabb...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kenangan manis. Semoga yang telah berlalu dirahmati Allah.
Cerita anak anak lelaki menolong kerja rumah membawa manis yang merapatkan saya dan ibu. Beberapa tahun saya berseorangan dengan ayah dan ibu. Adik perempuan diasrama MGC (Malay Girls' College) dan abang di Timur Tengah. Masih disekolah sayalah yang memmbelah kayu api dengan kapak, membawa baldi air dari perigi kerumah untuk ibu didapur, belajar masak nasi didapur kayu, menjaga gulai didapur dll. Dan sebelah malan membaca dalam cahaya lampu minyak tanah.
Munkin kita tidak lagi dapat mengajar anak anak begitu. Peralatan baru tidak lagi berdebu dan berarang hitam. Tidak ada lagi menggosok seluar dan baju sekolah dengan sterika arang. Tapi kita boleh berjaya, lebih ttahan lasak.
Oh...semasa saya kecil pun itulah kerja saya dan anak-anak saudara yang membesar sama. Saya boleh membelah kayu dan boleh membuang sabut kelapa. saya menangkap ikan belut di parit ikut bapak saya kerja terutamanya di musim hujan lebat dan kemudian menebas kebun pula.
Sayu rasa nak cerita panjang sebab diumur ini kakak-kakak pun sudah tiada.
Sebab itu saya selalu sahaja 'memarahi' anak-anak yang tidak cukup cergas dan tidak cukup usaha. Tetapi apakan daya. Ramai yang terperangkap dalam zon selesa. Salah siapa ye?...
Post a Comment