"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 8, 2014

Ada program unik di TV Al Hijrah.....


Petang itu saya ke Putrajaya teringatkan cucu Akif yang kini 7 tahun. Ia "istimewa" maka saya dan suami lapangkan masa untuk bersama anak saya sekuarga potong kek Hari lahir tanda mera'ikannya. Itu sahaja.



Usai sahaja solat maghrib, cucu yang hero-hero belaka menerkam masuk mahu bersama. Sebenarnya mereka suka "bergelut" dengan TokAyahnya.

Anak saya rakam gambar ini untuk ingatkan mereka bila dewasa dan rasanya waktu itu saya dan suami sudah tiada. 

Akif, no 2 dari kiri mahu mengambil foto saya katanya mahu cuba guna kamera. Maka saya benarkan untuk memuaskan 'curosity"nya. Ini hasilnya. Ia puas hati bila saya tunjuk hasilnya dan gelak ketawa rasa teruja.

Itulah keseronokan bersama cucu-cuc ini walaupun saya pening melihat mainan berselerak merata. Toleransi sekarang tidak sama berbanding semasa muda. Itulah pusingan hidup dan hanya percaya bila melaluinya.



Tetapi apa kena mengena dengan tajuk entry di atas. 

Kebetulan sahaja bagi saya. Baru sahaja saya hendak menikmati kek Birthday, menantu saya menarik perhatian program TV AlHijrah yang sedang secara langsung menunjukan YAB Timbalan Perdana Menteri menghadiri program Malam Cinta Rasulullah. Teruja sebentar kerana mereka "mendendangkan" satu persembahan dalam bahasa Jawa. Lantas teringat emak dan bapak saya. Tetapi yang lainnya bukan dalam bahasa Jawa...Alahai....




Anak saya menceritakan bahawa program seperti  ini bukan pertama kali pembesar negara menghadirinya. Ia dibawakan khas dari Solo Indonesia. Saya  amat jarang menonton TV yang bukan berbahasa Inggeris, maka saya langsung tidak tahu apa berlaku dari segi acara seperti ini. Cuma saya dengari sedikit dari kekawan ngaji yang menyatakan ada kontroversi pendapat bagaimana kita harus memuji dan mengingati Rasullah Salallahualaihiwasalam. Saya tidak berani menyatakan pendapat kerana saya bukan Ahli.



Saya cuma berfikiran mudah berkaitan isu ini, iaitu kalau kita benar-benar sayang Allah dan RasululNya, maka ia harus di tunjukan dalam Pengurusan hidup harian kita dan bagi pembesar negara ia harus dipraktikan dalam mengendali Hal-ehwal Negara. Barulah program seperti ini memberi makna dan kesan yang sewajarnya.

Bukan begitu ?
Saya tiada hak menganalisa. Cuma rakam peristiwa ini sempena berada di rumah anak saya meraikan cucu-cucu yang belum tahu hal dunia. Kitalah yang harus mewarnakannya, benar-benar mewarnakan ikut cita rasa Nabi kesayangan kita. Semoga Allah menunjuki jalanNya....

Semoga Allah memudahkan keluarga saya dan semua keluarga yang benar-benar mahu mencari Redha Allah di dunia dan mendapat anugerah Rahmat Allah yang tidak terhingga dan sampai di Akhirat sejahtera di Taman-taman Syurga.

Aamiin ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails