"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 3, 2014

Eidul Fitri 1435H / 2014...sunyi







Kali ini Hari Raya terasa sunyinya...
Hanya dua orang cucu ini sahaja yang bersama, Ammani Farissa dan adiknya Ammru Fatullah. 

Pagi hari itu saya lewat bangun dari biasa. Tidak sempat menyediakan makanan sebelum ke Masjid untuk Solat Eidil Fitri. Maka saya dan suami makan seadanya dan bergegas ke Masjid Kg Tunku seberapa segera. Takbir membesarkan Allah swt sudah berkumandang dari sejak jam 7 pagi dan kami sampai jam 8, setengah jam sebelum solat dimulakan.

Alhamdulilah....Allah masih memberi ruang dan peluang untuk bersama-sama bertakbir meraikan kemenangan.

Walaupun saya seronok bersama teman-teman sebaya sesudah solat, hati saya tetap terpaku pada penduduk Gaza. Susahnya saya, berganda-ganda susah mereka. Namun saya yakin mereka lebih merasai kebesaran Allah dan pastinya rasa amat hampir denganNya.

Saya dan keluarga tidak diuji sedemikian......
Dan terfikir-fikir dimana kedudukan kami vis-a vis kasih sayang yang maha Pencipta. 

Kami ada 12 orang cucu, 7 lelaki dan 5 perempuan. Di Gaza anak-anak kecil dibunuh oleh Zionist Israel tanpa belas kasihan, dulu, kini dan tidak hairan berterusan......




Cucu yang baru lahir seminggu sebelum Hari Raya datang lewat malam hari raya pertama. Pada pagi hari itu senyap-senyap saya katakan pada diri sendiri semoga ia menjadi pengganti pelapis anak-anak pejuang Gaza yang gugur di Bumi Palestine. Pejuang Islam Sallahudin alAyubi pun tidak lahir di Palestine dan beliau bukan seorang Arab pun, (dia Kurdish), tetapi beliau menjadi pejuang unggul mengetuai tentera Islam membebaskan Masjid alAqsa satu ketika dulu. Alhamdulilah...Allahu Akbar!

Saya berdoa ini suatu  yang mungkin bagi cucu saya ini....Muhammad 'Adli Harris namanya.
Semoga ibu-bapanya sehaluan dengan impian saya dan semua cucu lelaki menjadi dewasa yang mahu berbakti menegkkan Kebenaran sepenuh hati... menjadi pejuang membela agama Allah, Tuhan sekian Alam. Tidak kira di gelar terrorist, Jihadist, Islamists, Fundamentalist atau apa sekali pun asalkan mereka jelas mengabdikan diri dan Menatuhidkan Allah, kerana Dia yang maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi. Semoga Allah menganugerah taufik dan hidayahNya atas cucu-cucu saya semoga membesar menjadu dewasa yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berjati diri menerajui kepimpinan berjuang menegakan Kebenaran walau di mana mereka berada.

Aameen ya Rabb...


...

2 comments:

Al-Manar said...

Didahului Salaam Alaikum dan selamat hari raya

Allow me to be the first to leave comment as you have just done to mine.

Hari raya meriah sekali dengan kehadiran semua 10 cucu (saya kalah dua orang!)dan berpuluh2 anak 'angkat' yang datang memberi salam hormat kepadaPakcik dan Makcik.

Semoga kita semua deberi lagi peluang menikmati Ramadhan dan Shawal tahun hadapan.

Sudah habis puasa enam? Kami musa esok, insya Allah.

ngasobahseliman said...

Terima kasih selalu singgah di taman saya. Semoga Allah kurnia yang terbaik bagi kita di sisiNYA. Puasa enam habis. Alhamdulilah. Semoga Allah terima.

Related Posts with Thumbnails