"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 28, 2014

Cerita sebuah pilihan...

A001
A256
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256
Alhamdulilah.
Dengan Taufik dan Hidayah dari Allah saya berada dalam Islam. Ini satu kurniaan Nikmat yang tidak ada bandingannya.

A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172)  

Ayat itu bukti kita telah berbuat pengisytiharan bahawa kita bersaksi Allah itu Rabb bagi kita dan apa jua "pilihan" semestinya dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah. Namun apabila manusia lahir ke dunia, manusia mula "tunjuk pandai" dan membuat sesuatu pilihan dalam hidup mengikut citarasa yang dipengaruhi hal keadaan sekeliling.


Maka dalam konteks hakikat itu saya ingin bercerita mengenai satu pilihan dalam berbagai pilihan dalam hidup walaupun ada masanya Allah telah menentukan sesuatu dan tiada pilihan pada kita. Yang kita rasa kita "pilih" itu pun ia terlaksana semata-mata dengan izin dan kehendak Allah.

Maka seharusnya kita sentiasa memohon pada Allah apa jua yang kita inginkan dan minati, kita harus mengembalikan hasrat itu pada Allah jua, kerana tiada kekuatan melainkan kekuatanNya dan Dia sahaja yang amat berkuasa atas segala sesuatu. Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal. 

Hujung minggu lepas adik lelaki suami saya mengajak suami dan saya melihat sebuah rumah di Putrajaya dan bertanya sama ada suami saya berminat memilikinya. Wah....biar betul tawaran itu! 

Kami melihat rumah contoh yang sudah siap. Ia berhadapan dengan tasek. Sememangnya nampak cantik pemandangan sekeliling dan rumah itu pun agak mewah bagi kami yang bertaraf pesara dan lanjut usia pula.

Saya hanya senyum lebar dan melihat-lihat sahaja kerana tiada kemampuan untuk memiliki rumah seperti itu. Kata suami saya adiknya akan sponsor. Saya katakan bahawa suami saya hanya melawak sahaja. 

Mana mungkin.....

Kalau betul pun tawaran itu saya sukar mahu menerimanya dari berbagai aspek. Kami sudah di ambang senja yang amat larut maka apa perlunya rumah sedemikian rupa. Adik suami saya seorang lagi cuba meyakinkan kami dan mengatakan: "Eluklah kak, kita dah tua kita rehat-rehat dan tak perlu banyak fikir....."

Saya tidak bertanya maksudnya dan saya ambil erti yang mudah-mudah sahaja. Diumur sebegini lanjut, eluklah rehatkan badan dan fikiran.

Saya pula meletak diri saya seperti ahli sukan yang lari pecut 100 meter. Lagi hampir ke garis penamat, lagi saya perlu pecut sekuat-kuatnya semoga "menang" akhirnya. Tetapi saya tidak katakan begitu pada adik suami saya. Saya senyum-senyum sahaja.

Maka soal pilihan atas rumah itu ditangguhkan begitu sahaja kerana ia akan siap dijangka setahun lagi. Mungkin pun saya sudah tiada ketika itu. Saya tidak akan berfikir berat-berat mengenai pilihan itu. Saya melihat reality dan biarlah pilihan itu berada diatas meja "keputusan" masa. Allah jua yang maha Bijaksana dan maha Menentukan. Kami redha apa jua. Dan kami bersyukur punya adik yang berjiwa murni dan bermurah hati dan mahu mera'i abang yang tertua sekali. Semoga Allah memudahkan segala urusannya dan sejahtera di dunia dan di akhirat jua.

Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar.

Selepas melihat-lihat kami beredar dan pergi makan-makan dan mengeratkan silaturrahim adik beradik. Saya menghargai hasrat adik suami saya untuk sponsor sebahagian besarnya dan mungkin sepenuhnya, tetapi pada saat ini saya hanya berdoa biar Allah tentukan apa yang terbaik bagi kami semua di sisiNya jua. 

Mohon kasih sayang Mu ya Rabb.....

.....

2 comments:

Al-Manar said...

When I was nearly 70 I decided on a new environment where I would find peace of mind. Twenty years down the line I know now what a right decision that was - a blessing. I wish I had one or two persons of similar interest around me to build something for the poor children. I have left behind my glamorous world, so to speak. Come over to East Coast and find peace and joy preparing to welcome the next world.

Wealth slowly changes in value as we move on.

Salaam to you both.

ngasobahseliman said...

Thank you for the thought. Oftentimes I am indecisive and pertinent decisions often passed on unattended and left me in regrets and in thoughts of futility.
Now I learned that we are no angels and do not "pretend"to be one. Now I have learned we humans can be vulnerable and in God Allah we should seek wisdom and in Him alone we should seek help.

Please make doa for me and for my family's well being.May Allah bless us all. And may Allah forgive me for all the frivolous choices in life.

Related Posts with Thumbnails