"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 25, 2014

Pulangnya seorang teman....




Saya kehilangan seorang teman seperjuangan kelmarin. Telah lama saya tidak ke kelas pengajian maka saya tidak bersua dengannya. Dalam umur senja sebegini kehilangan seorang teman amat dirasai.

Sedih bila mendengari berita ia pergi buat selamanya. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga Allah merahmatinya dan mengampunkan dosa-dosanya.

Terasa gelak mesra semasa sama-sama kami mengikuti sessi Tai Chi bersama. Telah lama saya berhenti Tai Chi tetapi masih bertemu dan bergurau di kelas harfiah di rumah uastazah yang kami panggil "Kak Mah"dan juga dikelas Tafsir yang di kendalikan oleh Ustaz Kariman. Terbayang senyumannya bila mendengari "lawak" ustaz. Ia selalunya duduk hampir dengan meja ustaz dan saya nampak jelas kehadirannya.

Saya mengenalinya denagan nama Jaybah. Dalam kesibukan saya tidak mengenali suaminya. Cuma ia selalu sahaja berkejaran mencari masa kerana ia mengajar cucunya membaca alQuran bermula dengan Iqra'.

Tabah hatinya dan ramai kami yang tidak tahu ia menhidap kanser. Ia berpesan denga teman akrabnya untuk merahsiakannya maka itu ramai kami yang tidak tahu. Lama katanya ia di hospital. Saya hanya menyangka ia sibuk dengan tugas harian dan aktiviti pengabdian.

Semoga Allah terima amalannya sebagai amal soleh dan menempatkan ruhnya bersama-sama para Sidiqqin dan Solehin. 

Aameen ya Rabb...

....

2 comments:

Al-Manar said...

The loss of anyone at our age is a big loss as the percentage of remaining number gets smaller drastically fast. Kita cuma dapat doakan rahmat NYA keatas roh arwah.

ngasobahseliman said...

Ya, benar sugguh kata-kata itu. Sama-sama kita berdoa Allah mengampuni dosa-dosa kita dak kita tinggalkan dunia ini dalah keadaan redha dan Allah meredhai. Aamiin.

Related Posts with Thumbnails