"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 21, 2014

Sambil menyelam....


A001
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.




Bercuti di Sungkai dan Lumut ada munafaat sampingan. Ibarat sambil menyelam minum air. Anak dan menantu saya  belum pernah ke Teluk Intan. Saya pun bercerita mengenai The Leaning Tower of Pissa. Kami singgah putar-putar di Teluk Intan sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut. Bandar Teluk Intan nampak bersih banding dahulu.





Lumut pun sudah banyak perubahan. Sudah hampir satu dekad saya tidak ke daerah itu. Sudah banyak bangunan dan jalanraya yang baru. Saya tertarik hati dengan pemandanga yang ada. Di Marina Cove ada pokok-pokok kehijauan yang menghiasi kawasan Saya tertarik dengan bunga-bunga yang saya belumpernah lihat seperti di bawah ini.





Kami putar-putar juga di Lumut sebelum pulang dan melalui kawasan tempat  kapal dan boat mewah tersimpan rapi sementara tidak digunakan. Pastinya tuan punya kemudahan seperti itu bukan semuanya orang Malaysia. Ingin juga saya tahu kedudukan mereka dalam pembangunan ekonomi negara.
Nanti sempat masa saya akan cari maklumat.





A025
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Kami mohon Redha Mu Ya Rabb...

No comments:

Related Posts with Thumbnails