Genap 9 tahun umur Huzaifah. Dia bermasaalah mengingati tarikh lahirnya. Ia cuma ingat September sahaja. Subhanallah. Ciptaan Allah berbagai rupa. Ia istimewa dalam keluarga dan saya bawa ia bercuti bersama Akif yang juga istimewa. Kami menuju ke Sungkai Perak di mana ada resort Air Panas di kawasan FELDA.
Tempat tinggal di Resort untuk memberi kemudahan
dan kepuasan mandi di air panas pada cucu-cucu.
Di sana Allah pertemukan dengan seorang pengunjung yang suka bersilaturrahim dan kami bercerita-cerita tentang mengapa kami ke Sungkai. MasyaAllah. Rupa-rupanya ia juga punya seorang anak saudara yang istimewa kini sudah berumur 40 tahun. Ia bercerita tentang pengalamannya membantu membesarkan anak istimewa ini yang mempunya sedikit ciri-ciri seperti Ujai dan Akif. Ia juga sangat aktif dan sukar menumpu fokus. Ia seronok dengan cara kami menyantuni dan berhubungan dengan cucu-cucu kami. Sebenarnya kami tidak mampu tanpa pertolongan anak saya dan menantu saya untuk sama-sama mengawasi dan mengendali mereka. Mereka amat aktif dan tidak mengerti bahaya.
Alhamdulilah, mereka enjoy sepenuhnya mandi di kolam yang panas dan juga yang sejuk. Kolam yang sejuk jauh lebih besar dan saya cemas sahaja melihat dari jauh.Tetapi anak lelaki saya cekap ke sana sini mengawal keadaan. Mereka suka memanjat tempat tinggi dan itu yang menakutkan kami jika lalai dari pandangan.
Kami ceritakan juga bahawa air yang panas itu bolih merebus telur hingga masak. Ujai rasa teruja dan berbagai soalan ditanya. Ini membuka minda kerana di rumah tidak pernah mendapat pengalaman memasak telur sebegini.
Selepas sarapan pagi keesukan harinya kami ke Lumut pula melalui jalan tepi laut. Berdekad kami tidak melalui jalan itu dan sudah banyak perubahan. A..ha... Malaysia berjaya. Saya cuba menarik pemerhatian Ujai dan Akif untuk mengenali apa yang ada disepanjang perjalanan. Memori mereka singkat. Semoga pendedahan seperti ini dapat membina minda dan semoga mereka dapat mengingat semula dengan meningkatnya umur. Ibu bapa semestinya rajin berusaha dan berikhtiar mencari sumber kewangan untuk menghantar anak-anak ke sessi therepy untuk mengatasi masaalah keupayaan mereka. Pihak hospital kerajaan hanya memberi peluang sebulan sekali dan jika kita miss, tidak dapat sessi gantian. Maka kenalah usaha mendapatkan pertolongan Pusat "special needs learning" swasta. Ia agak mahal yuran pembayarannya. Saya rasa tidak ramai anak-anak biasa yang dapat mengikutinya.
Di Lumut kami tinggal di Marina Cove Resort
kerana ada kemudahan tempat berenang-renang.
Ujai dan Akif berehat setelah kepenatan. Talipon saya jadi mangsa untuk main "games". Pada saya ini fenomena kurang sihat dari segi pembinaan potensi diri. Tetapi saya hanya mampu "memujuk dan memimpin" cara orang yang tidak terlatih dalam bidang "children with special needs". Semoga Usaha YABerbahagia Datin Sri Rosmah dalam mengendali keperluan PERMATA KURNIA merupakan usaha yang serious dan dapat menampung keperluan anak-anak seperti cucu-cucu saya ini. Saya kurang yakin tetapi tidak berputus asa. Saya berdoa yang terbaik di sisi Allah jua.
Kami pulang hari Jumaat tengah hari dan tiba di rumah lewat petang. Malam itu kami hantar pulang Ujai dan Akif ke rumahnya di Putrajaya. Esusknya Ibu dan ayahnya akan bercuti ke Trengganu pula. Semoga mereka dapat membina potensi diri melalui pendengaran dan pemerhatian dan peyertaan secara terus. Pembelajaran secara tradisional kurang sesuai kerana mereka susah memfokus minda jika mereka tiada minat pada yang benar-benar mereka sukai.
Mohon petunjuk dan pertolongan Mu Ya Rabb.
Engkau maha pengasih dan maha penyayang dan kami mohon Rahmatmu yang tidak terhingga semoga kami sejahtera dunia dan akhirat.
Aamiin ya Rabb....
...
No comments:
Post a Comment