"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 29, 2014

....mana bukti engkau lelaki ?


Sebuah coretan rambang
laluan kehidupan
Seorang insan malang
Menunggu perubahan penuh kesabaran.....



Mana bukti engkau lelaki .....
Jika ke Masjid engkau memberatkan kaki
Tuntutan berjemaah engaku anggap amat sepi
Solat awal waktu seperti tiada kesan dihati.
Berbagai alasan yang engkau beri, bukankah Allah maha Mengerti

Mana bukti engkau lelaki .....

Tugas mengasuh dan mendidik anak, engaku lepas terus pada isteri
Engkau katakan engkau sibuk mencari rezki, malam dan siang hari
Untuk isteri untuk anak-anak, alasan itu engkau sebut tiada henti
Tuntutan Ilahi engkau letak tepi, menganggap kekayaan pentingnya tinggi

Mana bukti engkau lelaki ....

Orang tua mu jarang-jarang engkau benar-benar berbakti
Orang tua mertua mu tidak engkau anggap mereka punya seketul hati
Mereka juga perlu dihormati, perlu disayangi,
Bukan anaknya engkau ambil, orang tuanya kau lepas ke tepi.

Mana bukti engkau lelaki .....

Bila engkau penat engkau terus tidur mati
Tidak kira bila walaupun tetengah hari
Pasti engkau akan kata aku suami
Jangan ganggu kerana aku tidak akan peduli
Kehendak ku pasti aku turuti.

Mana bukti engkau lelaki...
Yang Allah pilih untuk mengetuai
Dalam keluarga, dalam institusi, jitu di Bumi ini?

Semoga Allah melindungi.....
Dan akan berakhir sebuah mimpi ngeri ini.


....

No comments:

Related Posts with Thumbnails