Telah lama saya teruja membaca dan mendengari cerita-cerita mengenai kaum Uyghurs di China. ( I am fascinated by their strategic vision and resilience.) Saya membaca maklumat dari Google.
Maka apabila saya melawat Beijing dalam tahun 2010 saya bertanya-tanya dan memerhati beberapa orang yang menjual barang-barang secara kecil-kecilan di sekitar bandar, bukan di gedong-gedong tetapi di tepian jalan. Saya ingin bersua muka.
Pemandu pelancung kami (ethnik China) adalah seorang Muslim. Akhirnya dia mengaku dia Muslim diakhir-akhir lawatan kami. Dia kata dia malu dengan kami kerana dia belum begitu berjaya menghayati Islam. Kami seronok mendengari dia Muslim dan ada yang berpelukan. Foto di atas saya rakam bersama suami saya. Baik orangnya dan kami banyak menimba ilmu mengenai China. Tetapi ia kurang bercerita mengenai kaum Uyghurs ini. Namun kini saya faham mengapa ia kurang bercerita kerana ini merupakan isu sensitif di negara itu. Foto yang teratas ia membelikan saya keledek bakar yang dijual oleh seorang Uyghur menggunakan basikal sahaja. Saya mahu membelinya sendiri kerana saya rasa teruja.(Saya teringat Allahyarham bapak saya pun menggunakan basikal membawa ubi, keladi keledek untuk dijual).Tetapi ia tidak membenarkan atas sebab-sebab keselamatan, katanya. Saya nekad juga pergi dekat padanya tetapi dia yang berurusan membeli.
Saya senyum tetapi sedikit rasa terkilan....tetapi saya akur.
Dengan kehendak Allah, tidak disangka-sangka pada hujung minggu lepas saya bertemu dengan seorang Uyghur dalam majlis Hari Keluarga teman saya. Saya sebahagian keluarga di kampung, Pontian Johor dan dijemput bersama.
Dalam majlis itu seorang ahli keluarga membawa tetamu khas seperti foto di bawah ini. Mula-mula saya ingat dia anak menantu salah seorang ahli keluarga berketurunan China.
Tidak....Ia seorang uyghur rupanya. Ia berbaju putih
bersama suami saya dan Ustaz yang membawanya bersama. Dia tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Maka kami becakap dengan dialih ke bahasa
Mandarin oleh Ustaz yang saya pernah ikut melawat Yunan
pada Mei tahun ini. Ustaz boleh Arab dan boleh Mandarin
dan sedikit bahasa Inggeris.
Mandarin oleh Ustaz yang saya pernah ikut melawat Yunan
pada Mei tahun ini. Ustaz boleh Arab dan boleh Mandarin
dan sedikit bahasa Inggeris.
Apa keistimewaan kaum Uyghurs ini ye?
Dalam lawatan saya ke Australia 2 tahun dahulu, anak buah saya mengajak kami makan di sebuah Rertauran Uyghur. Foto di atas adalah hiasan di dewan makan. Saya terpegun berfikir sendirian. Kaum Uyghur ada yang merantau jauh. Ada yang hingga ke Amerika. Tetapi jarang saya mendengari cerita-cerita perjuangan mereka.
Dalam lawatan saya ke Australia 2 tahun dahulu, anak buah saya mengajak kami makan di sebuah Rertauran Uyghur. Foto di atas adalah hiasan di dewan makan. Saya terpegun berfikir sendirian. Kaum Uyghur ada yang merantau jauh. Ada yang hingga ke Amerika. Tetapi jarang saya mendengari cerita-cerita perjuangan mereka.
Ini sedikit hidangan merereka . Biasa pada saya kerana ia ala rasa masakan Turkey dan juga Arab. Ini mengikut lidah cita rasa saya.
Sebenarnya banyak cerita-cerita sejarah perkembangan Tamadun orang Uyghur. Di sini saya kembarkan sedikit maklumat untuk perkongsian.
Perjuangan kaum Uyghur ini untuk mendapatkan negara Merdeka bukan suatu yang mudah. Ideology China Komunis telah kita maklumi. Kerajaan Komunis China menempatak kaum Han di daerah Uyghur supaya bilangan penduduk Uyghur tenggelam. Mererka jadi terpinggir. Dasar mereka sama seperti Yahudi Israel menempatkan kaum yahudi dari negara lain di Eropah dan Russia ke Israel untuk menenggelamlan bilangan penduduk Palestine dan mudahlah mereka dijajah.
Sedikit ini sahaja imbasan maklumat di dada saya. Saya terus membaca mengenai mereka di mana sahaja saya berpeluang. Mereka boleh dijadikan contoh dari segi semangat 'survival' mereka. Mereka tidak mudah menyerah kalah demi menegakan Kebenaran.
Semoga Allah menurunkan pertolonagNYA yang tidak disangka-sangka dan suatu hari mereka akan punya negara merdekanya sendiri.
Mohon Rahmat Mu ya Rabb....
....
No comments:
Post a Comment