"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, June 5, 2009

mencelah komen pidatu Obama

Semua yang tahu dan berkepentingan menanti apa yang akan dikatakan oleh President Obama ketika lawatan nya ke negara-negara Arab dan berucap di University Cairo. Tapi kita juga harus mendengari apa yang tidak dikatakan oleh beliau. Mudah bagi kita untuk menganalisa apa yang dizahirkan tetapi amat susah untuk mengetahui dan memahami apa yang tidak diucapkan.

Manusia akan bertindak atau tidak bertindak atas apa yang dikatakan dan juga atas apa yang tidak dikatakan. Adalah lebih bahaya kalau pada yang tidak dikatakan. Sekali imbas ucapan itu semacam ia amat memahami Islam dan amat menghormati Islam. Tetapi saya percaya setiap yang dikata ada muslihat tertentu padanya.

Islam bukan semata-mata 'symbolism'. Ia itu memperkatakan apa yang 'cantik' dalam Islam belum dapat meyakinkan bahawa orang yang berkata itu benar-benar ikhlas tentang kewujudan Islam. Pada Obama, kalau dia mengerti dan 'kagum' dengan Islam, maka mengapa dia 'meninggalkan' Islam. Oleh itu ucapannya pada saya adalah semata-mata untuk 'memujuk' dunia Islam seolah-olah Obama tidak ada niat jahat dengan Islam atau dengan penganut-penganutnya.
Kita harus waspada dengan ucapan yang diberi olehnya takut-takut itu hanya merupakan satu taktik untuk memperdaya umat Islam.

Kalau dia benar-benar ikhlas, mengapa tidak menceritakan tentang keganasan Israel. Dia hanya menyebut tentang keganasan Hamas/Palestin. Kenapa hanya simpati dengan Israel kerana dibunuh beramai-ramai tanpa mengatakan kenapa mereka dibunuh. Obama patut juga menyatakan Yahudi juga kena berubah perangai. Kalau Obama boleh mengeluarkan maksud ayat-ayat Quran mengenai kehebatan al Quran, mengapa tidak dia mengeluarkan ayat-ayat al Quran yang menyebut sejarah dan perangai bani Israel. Semua ada disebut dalam al Quran. Obama masih mengatakan tindakannya di Afghanistan dan di Pakistan membunuh penduduk awam tidak boleh dianggap salah. Ia bersebab. Mengapa tidak boleh ia menerima hakikat bahawa orang-orang Islam juga ada HAK mempertahankan diri. Orang Islam tidak mendahului peperangan kerana itu dilarang Allah. Tetapi Allah menghalalkan peperangan/pembunuhan untuk mempertahankan diri, harta dan tanah air.

Obama hanya mengatakan Israel mesti memberhentikan pembinaan rumah-rumah di tanah kepunyaan Palestin. Tapi dia tidak mengatakan apa yang patut dibuat pada rumah-rumah yang sudah dibina. Tanah Palestin makin kecil. Kalau setuju dua negara pun apa ertinya kalau tanah sekangkang kera.

Jadi malaslah saya nak komen banyak-banyak. Sejarah telah menunjukkan musuh-musuh Islam wujud dalam berbagai bentuk. Kita mohon pertolongan Allah agar diberi kesabaran, kekuatan, keimanan, ketaqwaan untuk menegakkan kebenaran yang hak, iaitu ISLAM.Semoga kita semua mendapat perlindunganNya dan rahmatNya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails